AGRICULTURAL AND FORESTRY SCIENCES UNDERGRADUATE SEMINAR 2024 (AFSUS2024) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » AGRICULTURAL AND FORESTRY SCIENCES UNDERGRADUATE SEMINAR 2024 (AFSUS2024)

AGRICULTURAL AND FORESTRY SCIENCES UNDERGRADUATE SEMINAR 2024 (AFSUS2024)


Pada 12 Januari 2024 yang lalu telah berlangsungnya program Agricultural and Forestry Sciences Undergraduate Seminar 2024 (AFSUS2024) anjuran Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Seramai 44 orang pelajar bacelor tahun akhir yang terdiri daripada program Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian, Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian dan Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian telah membentangkan hasil penyelidikan atau inovasi dissetasi bacelor yang merangkumi bidang bioindustri, akuakultur dan perhutanan.

Majlis Perasmian AFSUS2024 telah disempurnakan oleh Dekan FSPH, Dr. Zamri Rosli. Beliau turut meletakkan harapan melalui penganjuran seminar ini akan dapat membantu pelajar dan ahli akademik untuk saling berkongsi pendapat dari segi pengetahuan dalam bidang yang dipelajari serta lebih berkeyakinan dalam kemahiran insaniah dan seterusnya menjadi pemangkin dalam inovasi dan kemajuan dalam bidang sains pertanian serta perhutanan.

Pengerusi AFSUS2024, Dr. Tan Toh Hii berkata seminar ini dianjurkan sebagai satu langkah untuk menaiktaraf dan memperkasakan pengendalian kursus Disertasi Bacelor di bawah Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan di samping menjadi platform untuk melahirkan modal insan profesional khususnya dalam bidang penyelidikan.

Pengisian program AFSUS2024 terdiri daripada dua sesi di mana sesi pertama adalah perkongsian daripada plenari yang terdiri daripada pegawai akademik FSPH yang berkongsi kepakaran dan pandangan profesionalisme mereka. Seminar plenari yang pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien dengan tajuk Bridging the Gap between Sustainable Development Goals and Food Security, plenari yang kedua pula disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Geoffery James Gerusu bertajuk Passion Towards Post Graduate Study - But What Lies Beyond?, manakala plenari ketiga disampaikan oleh Prof. Dr. Patricia King Jie Hung dengan tajuk Empowering Tomorrow’s Leaders: The Crucial Role of Young Researchers in Addressing Food Insecurity. Sesi kedua AFSUS2024 adalah sesi pembentangan poster pelajar bacelor tahun akhir dimana pelajar menunjukkan hasil kajian dan penyelidikan mereka kepada peserta AFSUS2024.

Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FSPH, Prof. Madya Dr. Noorasmah binti Saupi melalui ucapan penutupan AFSUS2024 menyeru para pelajar untuk mengambil inisiatif, peluang serta ruang yang telah disediakan ini untuk pembangunan diri khususnya bagi yang berminat untuk menempuhi laluan penyelidikan dan akademik.

Date of Input: 18/01/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCA6~