61 PESERTA IKUTI KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM ANJURAN PPP@UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 61 PESERTA IKUTI KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM ANJURAN PPP@UPMKB

61 PESERTA IKUTI KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM ANJURAN PPP@UPMKB

PUSAT Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (PPP UPMKB) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Penternakan Ayam di Dewan Kuliah Pusat 2A UPMKB, baru-baru ini.

Seramai 61 peserta dari seluruh pelosok Sarawak (Bintulu, Miri, Sibu, Limbang, Belaga, Igan, Betong, Sarikei, Kabong, Data Kakus, Mu¬kah, Sebauh, Julau, Pakan dan Kapit) selain dari Sabah (Sandakan dan Semporna), Pahang malah dari negara jiran iaitu warga Indonesia yang bekerja di negeri ini menyertai kursus ini.

Daging dan telur ayam sangat digemari kerana hampir semua rakyat Malaysia boleh makan produk hasilan ayam ini. Selain itu, peningkatan kesedaran masyarakat ten¬tang kepentingan pengambilan makanan berkhasiat menyebabkan permintaan terhadap daging dan telur ayam terus meningkat setiap tahun.

Menjadi penternak ayam sebenarnya tidak sukar. Pegawai Pertanian Kanan, PPP UPMKB selaku penyelaras dan penceramah Dr Carlina Freddie Simol Rachellynna menerangkan objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang ingin menternak ayam dari segi keperluan umum, penyediaan reban, pengu¬rusan dan penyelenggaraan harian sehingga penuaian.

Turut dikongsikan juga ialah ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan ayam, penyediaan dan peng-hasilan makanan untuk ayam serta penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi oleh penternak ayam.

Peserta turut didedahkan semasa amali tentang pemi¬lihan telur untuk penetasan, pemotongan paruh ayam serta cara-cara pemberian vaksin kepada ternakan ayam. Sesi amali ini telah dibantu oleh staf PPP UPMKB iaitu Jega Jantai dan Yusri Drahman.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Pertanian Putra UPMKB Prof Madya Dr Amy Halimah Rajaee pula, kursus ini merupakan satu daripada rangkaian kursus yang dirancang sepanjang tahun 2023 dalam merealisasikan program University for Society (U4S) atau IPT for Society Keluarga Malaysia (UNITY) melalui program pemindahan teknologi per¬tanian yang berpaksikan kemajuan dan kesejahteraan komuniti setempat khasnya dan masyarakat umum amnya sejajar dengan cogan kata keramat UPM Berilmu Berbakti dengan bayaran yang minimum supaya bidang kepakaran yang dimiliki oleh pegawai akademik dan pega¬wai bukan akademik UPMKB dapat diserlahkan dan dimanfaatkan sewajarnya.
PPP UPMKB ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Josephine Jawai Makos, Noor Irawati Ahmad, Hazman Mohd Julaihi (urus setia), Muhammad Iqbal Hidayat Brawi (jurufoto) dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penganjuran kursus ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan khas buat Penga¬rah Kampus UPMKB Prof Dr Shahrul Razid Sarbini kerana sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada PPP UPMKB untuk menganjurkan kursus-kursus seumpama ini.

Diharapkan masyarakat setempat khasnya dan individu yang berminat amnya tidak ketinggalan untuk mengikuti kursus pertanian anjuran PPP UPMKB yang akan menyusul selepas ini seperti yang terdapat di dalam ebook yang boleh dilayari di laman web: www.btu.upm.edu.my.

Date of Input: 09/05/2023 | Updated: 09/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcJAA~