50 PELAJAR SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI RISING STAR 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 50 PELAJAR SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI RISING STAR 2023

50 PELAJAR SERTAI PROGRAM PUTRA BAKTI RISING STAR 2023

BINTULU: Seramai 50 pelajar sekolah menengah sekitar Bintulu merangkumi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, SMK Baru dan SMK Bintulu menyertai program Putra Bakti Rising Star 2023 di TEGAS Digital Innovation Hub di sini, baru-baru ini.

Program anjuran pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 101 dengan kerjasama Youth Leadership and Entrepreneurship Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan TEGAS Digital Innovation Hub itu mendapat bimbingan penasihat program Nur Asyiqin Zaidi.

Nur Asyiqin berkata, pihaknya bangga dengan semangat dan kerjasama serta sambutan positif ditunjukkan oleh peserta dan sekolah-sekolah terlibat.

"Kita berharap peserta mendapat manfaat dan ilmu daripada program ini seterusnya dapat diamalkan melalui perkongsian ilmu dan aktiviti diadakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, pengarah program, Nurul Nabila Muhammad Anwar berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak khususnya pelajar Kursus QKK2101 Kumpulan 101 dan rakan kerjasama strategik atas kejayaan menganjurkan program itu.

Beliau berharap program tersebut dapat meningkatkan prestasi dan potensi dalam kalangan belia di Bintulu.

Pelajar kursus Thierry Henry Daniel berkata, program itu menyaksikan tiga kumpulan dinobatkan sebagai kumpulan terbaik dengan Anugerah Lonjakan Saujana Rising Star 2023 kategori lelaki diraih oleh Mario Morientess Mathew dan kategori wanita menjadi milik Nurul Faisya Emilyana Abdullah.

"Program tersebut mencungkil bakat dan kemahiran peserta termasuk kemahiran kepimpinan, komunikasi efektif dan kemahiran berfikir secara kreatif serta kritis.

"Aktiviti dan latihan dalam kumpulan diadakan untuk menguji potensi, mendedahkan peserta dengan kemahiran, pengalaman baharu serta perkongsian penceramah mahir dalam bidang masing-masing," jelasnya.

Katanya, ceramah penjagaan kesihatan mental disampaikan oleh Dr Mohamad Ayob Ismail dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Bintulu diikuti perkongsian Kepimpinan oleh Kigen Satong (Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu) dan Jati diri oleh Noor Hakim Ahmad (UPMKB).

Date of Input: 27/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAt~