46 PESERTA MERIAHKAN PERTANDINGAN PINGPONG DI UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 46 PESERTA MERIAHKAN PERTANDINGAN PINGPONG DI UPMKB

46 PESERTA MERIAHKAN PERTANDINGAN PINGPONG DI UPMKB

PROGRAM Putra Bakti UPMKB Pingpong Terbuka 2023 baru-baru ini telah berjaya menarik penyertaan 46 peserta dari¬pada pelbagai lapisan umur dan tempat, termasuk dari Kuching dan Sabah.

Pertandingan pingpong yang diadakan di Dewan Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada 11 dan 12 Mac lepas dianjur oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2114 Ping¬pong semester kedua sesi akademik 2022/2023.

Pertandingan tersebut mempertandingkan acara perseorangan sahaja, meli¬batkan pemain Bumiputera dan bukan Bumiputera yang dipecahkan kepada lapan kumpulan.
Penasihat program Mohd Saufi Mohd Ramli berkata, pertandingan ini adalah kesinambungan idea 32 pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum pingpong.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan secara hands-on kepada pelajar untuk merancang dan menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling khususnya melalui sukan pingpong.

Secara tidak langsung, pelajar akan mempunyai sifat yakin diri khasnya sewaktu berkomunikasi sesama mereka mahupun dengan pihak luar. Melalui program ini juga, peminat-peminat sukan pingpong dapat berkumpul bersama untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi kemahiran.

Menurut pengarah program iaitu Abdul Malik Salaiti, pertandingan ini dianjurkan bukan sekadar untuk menarik minat semua orang tentang kesukanan pingpong tetapi juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi pengalaman bertanding kepada mereka. Ia juga dapat mengeratkan silaturahim antara warga universiti dan peminat-peminat sukan pingpong. Saya gembira dan berterima kasih pada semua pihak yang menjayakan program kali ini, kata Abdul Malik.

Salah seorang peserta, Abu Bakar Pan berkata, pertandingan seperti ini perlu dijalankan dengan lebih kerap kerana ia dapat membantu meningkatkan mutu permainan peserta.
Alhamdulillah, pihak penganjur telah menyediakan ruang yang bersesuaian dan pertandingan ini berjalan dengan baik sekali. Saya difahamkan, ramai lagi peminat pingpong di luar sana yang tidak dapat menyertai pertandingan ini disebabkan pertembun¬gan masa dengan urusan peribadi mahupun urusan kerja,” ujar beliau.

Sementara itu, tempat pertama pertandingan telah dimenangi oleh Mohammad Zulkipli Saali, manakala tempat kedua disandang oleh Ngui Ze Yen dan tempat ketiga dimenangi Raphael Sia Ding Gao. Manakala Alan Teoh Chia Chon, Johari Mahli, Esther Chatwiriya, Lee Wen dan Sammuel Hii Chung Yuan menerima hadiah saguhati.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Hardwood Timber Sdn Bhd iaitu Izzat Syafiq Abdullah. Hardwood Timber Sdn Bhd adalah penaja program. Selain itu, Kelab Rekreasi Kimia Bintulu juga telah berperanan dalam menjayakan program ini.

Date of Input: 09/05/2023 | Updated: 09/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAX~