40 PESERTA SERTAI PERADUAN MEWARNA SEMPENA HARI SARAWAK DI UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 40 PESERTA SERTAI PERADUAN MEWARNA SEMPENA HARI SARAWAK DI UPMKB

40 PESERTA SERTAI PERADUAN MEWARNA SEMPENA HARI SARAWAK DI UPMKB

BINTULU: Seramai 40 peserta melibatkan kakitangan, pelajar dan ahli keluarga kakitangan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyertai pertandingan mewarna sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di ruang legar perpustakaan kampus universiti berkenaan pada Sabtu.

Jurucakap UPMKB berkata, pertandingan tersebut bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kekeluargaan dalam kalangan warga kampus serta menyemai semangat patriotik dalam bentuk penghasilan karya kreatif.

"Acara ini merupakan acara kemuncak program yang telah diadakan sepanjang bulan Julai," jelasnya di sini, hari ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan itu telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Perpustakaan UPMKB Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan.

Katanya, antara pengisian menarik lain yang telah diadakan sepanjang program itu ialah pameran lukisan karya anak Sarawak, pameran Sarawakiana serta selingan alunan muzik-muzik Sarawak.

Date of Input: 27/07/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcNAe~