3/2 MODEL TANAMAN PADI GUNA TEKNOLOGI BAKAL TINGKATKAN EKONOMI PETANI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 3/2 MODEL TANAMAN PADI GUNA TEKNOLOGI BAKAL TINGKATKAN EKONOMI PETANI

3/2 MODEL TANAMAN PADI GUNA TEKNOLOGI BAKAL TINGKATKAN EKONOMI PETANI

GEDONG: Model tanaman padi yang sedang dalam kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama penduduk di kawasan Lubok Punggor, Gedong bakal mengubah taraf hidup dan ekonomi petani.

Kajian tersebut menampakkan hasil positif kerana ia membolehkan hasil tuaian padi sebanyak lima kali dalam tempoh 24 bulan, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, berdasarkan kiraan, model tanaman padi menggunakan teknologi itu boleh memberi pendapatan tambahan sebanyak 60 peratus kepada petani berbanding sekarang.

Dari segi pendapatan, kalau padi ini dihasilkan melaui teknologi dan sistem tersebut maka pendapatan petani dijangka satu bulan RM6, 400 per hektar.
Kalau RM6,000, ia sudah menjadi middle income. Jadi petani kita tidak dalam kerangka kemiskinan.

Ini untuk satu hektar. Kalau dua hektar (RM12,000) dan ini menjadi kumpulan berpendapatan tinggi, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Projek Agrihub @Gedong di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, melalui model tanaman padi itu, kerajaan negeri dapat menghasilkan dasar pertanian yang dapat memberikan pulangan yang besar.

Justeru katanya, model yang sama akan digunakan di tempat-tempat yang lain. Dedah beliau lagi, terdapat perancangan untuk membangunkan kawasan padi di Banting, Sri Aman dengan menggunakan benih padi dari Vietnam.

Katanya, kawasan Banting juga akan dibangunkan melalui jalan pesisir bagi menghubungkan kawasan tanaman padi melalui Sebuyau terus ke Banting. Untuk jangka panjang, saya rasa kita akan mencapai sasaran self sufficient pengeluaran padi untuk Sarawak iaitu lebih kurang 240,000 tan.

Kalau kita bangun di kawasan Limbang dan Miri, bermakna kita dapat hasilkan beras untuk kawasan luar di Sarawak, katanya.

Bagi meningkatkan lagi jaringan infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi tersebut, beliau menambah sebanyak RM30 juta diluluskan untuk menaik taraf parit dan tali air bagi menyediakan pengairan yang baik di kawasan penanaman padi.


Date of Input: 08/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbVAl~