23 MURID SEKOLAH RENDAH SERTAI TILAWAH AL-QURAN IFEST 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 23 MURID SEKOLAH RENDAH SERTAI TILAWAH AL-QURAN IFEST 2023

23 MURID SEKOLAH RENDAH SERTAI TILAWAH AL-QURAN IFEST 2023

BINTULU: Seramai 23 peserta dari sembilan sekolah dalam kategori lelaki dan perempuan memperdengarkan bacaan masing-masing pada Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori sekolah rendah sempena Festival Kesenian Islam 2023 (iFest 2023) edisi kedua di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada Rabu.

Pertandingan anjuran UPMKB dan Kementerian Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) itu dihakimi lima juri berpengalaman.

Jurucakap UPMKB berkata, beberapa peserta telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut berjaya membawa pulang hadiah trofi, wang tunai dan hamper.

Kita berterima kasih kepada peserta dan pihak pengurusan sekolah yang telah menyertai pertandingan ini, katanya di sini hari ini.

Date of Input: 15/08/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdAAe~