148 PESERTA EMPAT NEGARA SERTAI PROGRAM E-MOBILITI PELAJAR ANJURAN UPMKB, UNAS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 148 PESERTA EMPAT NEGARA SERTAI PROGRAM E-MOBILITI PELAJAR ANJURAN UPMKB, UNAS

148 PESERTA EMPAT NEGARA SERTAI PROGRAM E-MOBILITI PELAJAR ANJURAN UPMKB, UNAS

BINTULU: Seramai 148 peserta dari empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Jepun dan India menyertai program International Class Exchange: Exploring Sarawak and Indonesias Nature and Culture 2023 secara dalam talian, baru-baru ini.

Program anjuran Institut Ekosains Borneo (IEB) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Universitas Nasional (UNAS) Indonesia itu merupakan program e-mobiliti pelajar telah berlangsung pada 18 dan 19 Oktober lalu.

Jurucakap penganjur berkata, program dua hari itu dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom dan diselaraskan oleh Dr Keeren Sundara Rajoo selaku pengarah program.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah IEB UPMKB Dr Syeed Saiful Azry Osman Al-Edrus dan Dekan Fakulti Biologi dan Pertanian UNAS Dr Tatang Mitra Setia.

Dr Syeed berkata, kerjasama dalam kalangan universiti-universiti di rantau Asia Tenggara adalah penting dalam menghadapi cabaran global sekali gus berharap program itu akan menjadi platform untuk kerjasama lebih kukuh antara UPMKB dan UNAS.

Sementara itu, Dr Tatang menyatakan mengenai hasrat pihaknya untuk menjadikan program itu sebagai program tahunan kerana manfaatnya jelas terutama untuk pelajar-pelajar UPMKB dan UNAS.

Penceramah-penceramah program ini terdiri daripada penyelidik bersekutu IEB UPMKB Dr Latifah Omar yang menerangkan mengenai tumbuhan asli yang digunakan sebagai perisa dan rempah oleh masyarakat Melanau, manakala Dr Keeren pula membentangkan maklumat mengenai sektor perhutanan di Malaysia.

Dua pensyarah UNAS Profesor Dr Sri Endarti Rahayu dan Profesor Bersekutu Ir Etty Hesthiati berkongsi mengenai kajian etnobiologi di Indonesia dan biodiversiti tumbuhan buah-buahan tempatan di Hutan Kota Jakarta Selatan.

Bercakap semasa majlis penutupan, Inkorena Sukartono yang mewakili Dekan Fakulti Biologi dan Pertanian UNAS berharap agar kerjasama antara UNAS dan UPMKB akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang.

Katanya, ia bukan sahaja memberi manfaat dari segi mobiliti pelajar tetapi juga dari segi penyelidikan dan pengajaran.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk menjalankan program mobiliti secara fizikal di UNAS khas untuk pelajar UPMKB pada tahun depan sekiranya keadaan mengizinkan.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAH~