120 PEMANAH, BERSATU DALAM KEJAYAAN: PROGRAM MEMANAH ARROW ON TARGET (AOT) DIRAYAKAN OLEH KOMUNITI ANTARABANGSA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » 120 PEMANAH, BERSATU DALAM KEJAYAAN: PROGRAM MEMANAH ARROW ON TARGET (AOT) DIRAYAKAN OLEH KOMUNITI ANTARABANGSA

120 PEMANAH, BERSATU DALAM KEJAYAAN: PROGRAM MEMANAH ARROW ON TARGET (AOT) DIRAYAKAN OLEH KOMUNITI ANTARABANGSA


BINTULU, 3 November – Dalam cabaran dan laluan yang mencabar, 120 pemanah dari serata kepulauan Borneo berhimpun dan menyertai dalam Program Memanah Arrow On Target (AOT) yang dianjurkan oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2108 Memanah Semester 1 2023/2024.

Dengan pendedahan lokasi serta sasaran memanah yang mencabar di sekitar kawasan Pusat Islam UPMKB menjadi medan pertemuan serta semangat persaudaraan memanah dalam kalangan peserta tidak kira bangsa agama dan negara. Atas faktor hobi dan minat, pertandingan ini turut mendapat sambutan peserta dari Sabah serta negara jiran Brunei Darussalam. Pertandingan ini terbahagi kepada 6 kategori yang melibatkan pelajar sekolah rendah sehingga kategori terbuka.

Secara keseluruhan, kategori lelaki sekolah rendah dijuarai oleh adik Hamiz Nabhan Bin Nazle manakala adik Raimi Binti Mohamad Fazilah dinobat johan bagi kategori Perempuan sekolah rendah. Bagi kategori sekolah menengah lelaki dimenangi oleh adik Arthur Mikkelsen anak John Pelly dan Batrisyia Najwa Binti Jumadi bagi kategori sekolah menengah perempuan. Johan berturut-turut bagi kategori lelaki terbuka ialah En. Mohamad Edrudze Bin Sulaiman manakala kategori wanita terbuka dijuari oleh puan Siti Normally Binti Ismail. Majlis penyampaian hadiah pertandingan ini turut dihadiri oleh En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan, ketua Pentadir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB.

Pertandingan ini turut dibantu oleh tenaga prosefional iaitu En. Haji Bujang Bin Ham selaku presiden daripada Assyakirin Tradisional and Modern Archey (ATMA) Bintulu dari segi persediakan tempat sasaran memanah sehingga pengajaran teknikal pertadingan memanah dinamik.

Program memanah AOT telah diadakan dengan penuh semangat dan disaksikan oleh kunjungan penonton dengan penuh antusiasme daripada setiap gerakan panah yang meluncur menuju sasaran. Meskipun tidak aktif bersaing dalam sukan memanah, kehadiran mereka memberikan nuansa istimewa pada acara tersebut. Program AOT bukan hanya tentang keterampilan memanah tetapi juga tentang penyatuan komuniti dengan idea, tektikal serta pengalaman dalam sukan memanah.

Secara keseluruhanya, peserta pertandingan memanah AOT kali ini mengharapkan penganjuran sebegini diadakan lagi pada tahun hadapan dan terus dijadikan program tahunan secara besar-besaran agar dapat mengeratkan hubungan dua hala antara negara di kepulauan borneo sekaligus meningkatkan lagi industri sukan yang ada di Bintulu.

Date of Input: 19/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHA1~