UPMKB RAIH ANUGERAH VISIBILITI MEDIA (PTJ) UPM 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPMKB RAIH ANUGERAH VISIBILITI MEDIA (PTJ) UPM 2023

UPMKB RAIH ANUGERAH VISIBILITI MEDIA (PTJ) UPM 2023

SERDANG, 19 April - Pengarah Kampus UPMKB YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini telah menerima Anugerah Visibiliti Media (PTJ) UPM 2023 yang telah disampaikan oleh Naib Canselornya, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, di sini, hari ini.
 
Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan berkata penganugerahan ini diberikan sebagai penghargaan kepada individu dan juga pusat tanggungjawab (PTJ) yang banyak menyumbangkan penulisan kepakaran serta buah fikiran dalam menjayakan advokasi awam untuk manfaat rakyat Malaysia serta meningkatkan visibiliti UPM di media sepanjang tahun 2023.
 
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada para pengamal media yang telah banyak membantu meningkatkan keterlihatan UPM dalam mendokong aspirasi dan agenda negara kepada masyarakat.
 
"Peranan yang dimainkan media selama ini telah memberi impak positif kepada UPM terutamanya dari aspek visibiliti dan pemerkasaan imej, penjenamaan, promosi kepakaran, menonjolkan bakat pelajar dan menyampaikan maklumat aktiviti UPM kepada masyarakat, pemimpin dan pihak berkepentingan di dalam negara mahupun luar negara," katanya.
 
Anugerah tersebut telah diberikan kepada individu yang mempunyai bilangan terkumpul terbanyak dari segi penulisan dan perkongsian kepakaran di akhbar, television serta radio.
 
Turut hadir bersama Puan. Siti Rajanah Abdul Aziz, Tmbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, UPMKB.
 
Semoga dengan penganugerahan ini akan lebih melonjakkan visibiliti UPMKB dan terus maju kehadapan dalam mempromosi program akademik UPM, perkongsian kepakaran dan seterusnya meneruskan legasi UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa. dengan selaras Moto UPM “Berilmu Berbakti”.
 
Syabas diucapkan!
 
 
 
 

 

Date of Input: 22/04/2024 | Updated: 22/04/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFDXAk~