UPMKB JAYAKAN FORUM MENGENAI PENYAKIT AYAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPMKB JAYAKAN FORUM MENGENAI PENYAKIT AYAM

UPMKB JAYAKAN FORUM MENGENAI PENYAKIT AYAM


BERJAYA: Dua ahli panel dan moderator yang menjayakan Forum Program Pemindahan Ilmu Agri Clinic@UPMKB tersebut secara dalam talian semalam.


BINTULU: Taman Pertanian Universiti (TPU) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Forum Program Pemindahan Ilmu Agri Clinic@UPMKB yang mengupas tajuk ‘Pengurusan dan Kawalan Penyakit Koksidiosis dan Ascariasis’ dengan jayanya secara dalam talian semalam.

Forum yang berlangsung jam 9 pagi hingga 11 pagi itu telah menjemput dua ahli panel iaitu Pegawai Pertanian Kanan TPU UPMKB Dr Carlina Freddie Simol @ Rachellynna dan Dr Zaidi Suif dan moderatornya Ketua Bahagian TPU Nalong Buda.

Forum tersebut mengupas senario menghasilkan ayam yang berkualiti dan dapat diterima pasaran dan mengetahui pelbagai penyakit yang menyerang ayam.

Antaranya adalah koksidiosis dan cacing pada ayam merupakan penyakit yang menyerang industri poltri, justeru dengan mengetahui penyakit ini diharapkan dapat digunakan penternak ayam sebagai langkah pertama pencegahan atau penyembuhan dalam proses menternak ayam.

 

Date of Input: 21/10/2021 | Updated: 21/10/2021 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
CUMHIA:08:10