UPM PROMOSI PROGRAM PENGAJIAN KE BRUNEI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPM PROMOSI PROGRAM PENGAJIAN KE BRUNEI

UPM PROMOSI PROGRAM PENGAJIAN KE BRUNEI

Brunei - Sebagai tanda sokongan serta pengembangan program akademiknya, pasukan promosi Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPM Kampus Bintulu telah mengambil bahagian dalam program Yes2Malaysia Education Expo 2024 di Bandar Sri Begawan, Brunei yang berakhir semalam.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Hotel Mulia, merupakan antara kerjasama padu antara semua universiti di rantau ini bagi mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi masing-masing.

“Bagi UPM, ia merupakan platform terbaik bagi mempromosikan program pengajian di UPM Serdang khususnya di UPMKB yang terletak di Bintulu, Sarawak,” ujar UPMKB dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman rasmi Facebooknya semalam.

Pada program ini, sebanyak 28 universiti awam dan swasta seluruh Malaysia telah menyertai ekspo pendidikan yang berprestij ini.

Dalam masa sama ia menggalakkan program pertukaran pelajar terutama pelajar luar negara untuk datang belajar di Malaysia dan universiti yang terdapat di rantau ini.

Sehari sebelum ekspo pendidikan, pihak penganjur telah membawa delegasi universiti ke dua sekolah di Brunei dengan membuka ekspo mini masing-masing di St George’s School dan St Andrew’s School.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Dato Reza Raja Zaib Shah antara yang hadir ke lokasi ekspo, sekali gus bersamasama mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Date of Input: 08/02/2024 | Updated: 08/02/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDEKA4~