SEMINAR PERLABURAN 360 HARI 1 MALAYSIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » SEMINAR PERLABURAN 360 HARI 1 MALAYSIA

SEMINAR PERLABURAN 360 HARI 1 MALAYSIA

Ahli Jawatan Kuasa Seminar Pelaburan 360 Hari 1 Malaysia


7 Januari 2017 - Seminar Perlaburan 360 Hari 1 Malaysia telah diadakan pada 7 Januari 2017 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPMKB bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Seminar ini adalah usahasama di antara pihak Jabatan Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), Kelab Agribiz, UPMKB dan Amanah Saham Nasional Berhad Bahagian Bintulu Sarawak. Seminar ini telah diadakan pada 7 Januari 2017 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2A, UPMKB. Pengisian seminar ini tertumpu kepada perancangan, pengurusan dan asas pelaburan kewangan.

Berikut merupakan matlamat yang ingin dicapai:

  1. Memupuk budaya menabung dalam kalangan mahasiswa di UPM Kampus Bintulu Sarawak.
  2. Meningkatkan kefahaman mengenai pelaburan di ASNB.
  3. Berkongsi asas perancangan kewangan termasuk pengurusan hutang dan pinjaman pada kalangan mahasiswa.
  4. Mengenali perlindungan risiko, percukaian dan harta pusaka.
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim di antara universiti dengan pihak industri.

Secara keseluruhannya, seminar ini mendapat sambutan yang memberangsangkan iaitu dengan penglibatan sebanyak 80% peserta yang disasarkan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh peserta dalam merancang kewangan. Selain itu, diharap jaringan kerjasama di antara pihak UPMKB dan ASNB dapat diteruskan di masa yang akan datang dalam usaha memperkasa pengetahuan berkaitan perancangan kewangan khususnya kepada generasi muda.


Date of Input: | Updated: | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576084270