Rahsia Cemerlang Melalui Teknik NLP Didedahkan Kepada Pelajar UPMKB. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Rahsia Cemerlang Melalui Teknik NLP Didedahkan Kepada Pelajar UPMKB.

Rahsia Cemerlang Melalui Teknik NLP Didedahkan Kepada Pelajar UPMKB.

NLP 1


Rahsia Cemerlang Melalui Teknik NLP Didedahkan Kepada Pelajar UPMKB

Bintulu: Seramai 900 orang pelajar Universiti Putra Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) menghadiri Program Alumni Talk: The Power of NLP oleh Pengasas NLP Malaysia iaitu Tuan Haji Md. Taib Mat. Turut bersama beliau ialah Puan Suzana Jaffar, iaitu Ketua Pegawai Operasi Akademi NLP.


NLP 2


Neuro-Lingusitic Programming (NLP) dikenali oleh dunia sebagai sains dan seni kecemerlangan diri yang menggunakan teknologi. Ilmu NLP tersebut dikongsikan bersama pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada 24 Julai 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Tuan Haji Md. Taib Mat juga merupakan alumni Universiti Putra Malaysia yang bergraduat dalam bidang Diploma Sains Pertanian. Program ini merupakan program anjuran Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar (SKKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya UPMKB. Antara yang turut hadir ke program ini adalah Dr. Aryaty binti Alwie, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar.


NLP 3


NLP 4


Aspek utama yang ditekankan dalam program ini adalah teknik serta kaedah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempertingkatkan lagi keupayaan dan keberkesanan belajar agar dapat mencapai kecemerlangan dalam aspek akademik.


Date of Input: | Updated: | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576083821