PROGRAM MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN IMAM DAN BILAL | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PROGRAM MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN IMAM DAN BILAL

PROGRAM MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN IMAM DAN BILAL

Bintulu, 25 Mac - Pejabat Pendaftar (UPMKB) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid: Pemantapan Imam dan Bilal dimana mereka merupakan tonggak penting dalam menggerak jemaah dan melaungkan syi’ar agama Islam serta membina struktur saf solat secara berjemaah di Pusat Islam, UPMKB.
 
Kursus yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang ini telah berlangsung pada 25 Mac 2024, Isnin, bertempat di Pusat Islam, UPMKB. Seramai enam (6) orang peserta yang terdiri daripada imam dan bilal ini turut dijayakan oleh penceramah kursus iaitu Ustaz Awang Fakrulrizan Bin Awang Madohi, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.
 
Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada peserta bagi memantapkan aktiviti pengurusan masjid sekaligus dapat menyiapkan diri menjadi imam dan bilal yang mahir dalam pengetahuan Fiqh solat khususnya hukum-hukum serta memperbaiki teknik dan kefasihan mutu bacaan al-Quran menerusi penguasaan ilmu tajwid yang baik.
 
Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan tentang kaedah dan teknik sebagai imam dan bilal yang professional dari pelbagai aspek kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya melalui modul yang telah dibangunkan oleh Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.
 
 
 
 

 

Date of Input: 27/03/2024 | Updated: 27/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbSAx~