PROGRAM INSPIRASI BELIA 2015 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PROGRAM INSPIRASI BELIA 2015

PROGRAM INSPIRASI BELIA 2015

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Inspirasi Belia 2015


[ MPP UPM ]

[ PROGRAM INSPIRASI BELIA 2015 ]

MPP UPM memaklumkan bahawa pada 11 Disember 2015 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Majlis Perwakilan Pelajar UPMKB dan Jemaah Pengerusi Kelab dan Persatuan (JEMAPP) UPMKB telah menganjurkan Program Inspirasi Belia 2015.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran terhadap remaja dan belia masa kini tentang risiko penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri dan mengurangkan stigma mahasiswa terhadap penagihan dadah. Program ini melibatkan semua pelajar Tahun Satu ambilan Diploma sesi akademik 2015/2016 dan bertempat di Dewan Sri Belian. Antara aktiviti yang dijalankan adalah slot ceramah ‘Kemandirian Generasi Y’, Ceramah Agensi Anti-Dadah Kebnagsaan (AADK), Forum Bisakah…, Pertandingan Melukis Poster bertemakan ‘Belia Benci Dadah’ dan Lukisan Mural di Kolej Kediaman 2.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Inspirasi Belia 2015. Semoga segala ilmu yang bermanfaat ini dapat digunakan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

#mppcare

QURRATUL SA’ADAH BT ZULKAFLI
Sekretariat Kampus Bintulu
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2015/2016


Program Inspirasi Belia 2015 dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Richard Abu Nawas, Timbalan Residen Bahagian Bintulu


Forum Bisakah


Lukisan Mural di Kolej Kediaman 2


Lukisan Mural di Kolej Kediaman 2


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566805174