PROGRAM DON'T SKIP SAHUR KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PROGRAM DON'T SKIP SAHUR KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB

PROGRAM DON'T SKIP SAHUR KOLEJ SRI RAJANG, UPMKB

Bintulu, 29 Mac - Buat pertama kalinya Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) menganjurkan program Don’t Skip Sahur, “Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa” yang bertujuan untuk memberikan juadah bersahur percuma kepada pelajar-pelajar KSR UPMKB dalam bulan Ramadan 1445H.
 
Program ini telah berlangsung selama 12 hari bermula pada 17 Mac 2024 dan berakhir pada 01 april 2024 dan melibatkan 10 orang Ajk dan 100 orang pelajar setiap hari dengan tujuan untuk memberikan juadah bersahur kepada para pelajar yang berada di kolej sebagai galakkan kepada para pelajar untuk mengambil sahur sebelum berpuasa pada siang harinya.
 
Sahur Perdana merupakan kemuncak program ini telah di adakan pada 29 Mac 2024 di Kafeteria Kolej pada jam 03.00 pagi dengan pengisian program sembang sahur bersama Dr. Muhammad Amru bin Badrul Hisham yang bertajuk “Kesihatan Dinikmati, Ibadah Diredhai". Turut hadir majlis ini pihak Pengurusan Kolej dan barisan felo serta lebih 200 orang pelajar Kolej Sri Rajang.
 
Sepanjang program ini berlangsung sebanyak 1100 pek makanan sahur telah di edarkan kepada pelajar asnaf dan kurang berkempuan. Edaran ini berlangsung sekitar jam 01:30 pagi di sekitar kawasan kolej Program ini mendapat tajaan dari pelbagai pihak yang turut menyumbangkan makanan dan wang tunai bagi menjayakannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 08/04/2024 | Updated: 08/04/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeCAb~