LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) KABULOH, STESEN PERTANIAN KABULOH, BEKENU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) KABULOH, STESEN PERTANIAN KABULOH, BEKENU

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) KABULOH, STESEN PERTANIAN KABULOH, BEKENU

Pada 27 Julai 2017 (Khamis) yang lalu, seramai 16 orang staf Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kabuloh, Stesen Pertanian Kabuloh, Bekenu.

Tujuan utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf TPU tentang kaedah serta pengurusan tanaman berskala besar yang lebih efektif dan berkesan selain mengubah pandangan serta persepsi staf yang terlibat bahawa kekurangan sumber manusia bukan penghalang kepada kejayaan bagi merealisasikan penghasilan tanaman yang lebih baik.

Secara amnya, TKPM merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan khasnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan golongan petani terlibat dalam bidang keusahawanan tani dalam skala yang lebih besar di samping memenuhi permintaan makanan dalam negara. Salah satu tujuan utama TPKM ini diperkenalkan adalah  untuk mewujudkan kawasan pertanian kekal bagi pengeluaran pertanian terpilih secara intensif dan moden yang merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan, pendidikan, pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar.

Berlandaskan kejayaan yang ditempa oleh peserta program ini, staf TPU, UPMKB telah mengadakan lawatan ke lokasi tersebut untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan dan pengurusan usahawan dalam menguruskan perusahaan mereka sehingga mampu menjana pendapatan berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan.

En. Chendai Bansang dari Jabatan Pertanian Bahagian Miri telah memberikan penjelasan lengkap berhubung pelaksanaan program TKPM ini. Pelbagai maklumat dapat diperolehi terutamanya dari aspek pengurusan dan pelaksanaan program TKPM ini.

Selain itu, kami juga berpeluang dan berkesempatan untuk bertemu dengan 2 orang peserta TKPM dan seorang pengusaha tanaman dari Semenanjung Malaysia semasa lawatan tersebut. Difahamkan ketiga-tiga individu yang ditemui sangat berjaya dalam bidang ini.

Banyak maklumat dan perkara yang dapat dipelajari hasil daripada lawatan ini. Di antaranya termasuklah pengurusan tanah, pengurusan tanaman, pemilihan baja yang sesuai serta kaedah promosi yang telah dikongsikan oleh pengusaha-pengusaha ini. Malah, banyak tips dan rahsia kejayaan untuk perusahaan tanaman berskala besar dikongsi kepada staf TPU, UPMKB.

Hasil daripada lawatan ini, staf TPU, UPMKB diharapkan dapat menggunakan segala maklumat dan pengetahuan yang diperolehi untuk meningkatkan penghasilan tanaman di TPU, UPMKB khasnya penghasilan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menjana pendapatan kepada fakulti.

(Barisan staf TPU, UPMKB yang menyertai lawatan ini)

(Barisan staf TPU, UPMKB yang menyertai lawatan ini)

(Taklimat yang disampaikan oleh En. Chendai Bansang daripada Jabatan Pertanian Bahagian Miri)

(Tanaman yang diusahakan oleh peserta TKPM)

(Penerangan tentang kaedah dan tips penjagaan tanaman bendi oleh pengusaha tanaman dari Semenanjung Malaysia)

(Tanaman yang diusahakan oleh peserta TKPM)

(Plot yang direhatkan sebelum ditanam dengan tanaman)

(Tanaman yang diusahakan oleh peserta TKPM)

(Anak benih tumbuh agak sekata)

(Tanaman yang diusahakan oleh peserta TKPM)

(Alat ciptaan sendiri yang digunakan untuk menabur benih)

(Peserta cuba meneliti bagaimana alat tersebut berfungsi)

(Alat yang digunakan untuk mengurangkan risiko tanaman dijangkit penyakit oleh serangga. Lampu hanya akan dipasang pada waktu malam)

 

Date of Input: 18/08/2017 | Updated: 25/08/2017 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576080667