FINAL YEAR PROJECT (FYP) EXHIBITION DAY 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » FINAL YEAR PROJECT (FYP) EXHIBITION DAY 2023

FINAL YEAR PROJECT (FYP) EXHIBITION DAY 2023

Bintulu, 22 Nov - Final Year Project (FYP) Exhibition Day yang telah dianjurkan julung-julung kalinya adalah bertujuan untuk mempamerkan dan mempertandingkan hasil kerja projek tahun akhir bagi Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian (DKTP), Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB.
 
Acara ini diadakan di Dewan Sidang, UPMKB yang mana dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Teknologi (JSTEK) bersama Kelab Malaysian Society of Agricultural and Food Engineers - Student Chapter (MSAE-SC UPM Bintulu). Seramai 30 orang pelajar telah terlibat dalam pertandingan ini bagi mewakili 15 kumpulan. Para pelajar ini merupakan pelajar semester 5 yang akan seterusnya akan menyambung semester akhir mereka melalui latihan industri bersama agensi-agensi atau pihak industri berkaitan kejuruteraan pertanian di seluruh negara.
 
Pertandingan ini juga turut mendapat sambutan pelajar-pelajar UPMKB dari pelbagai program bagi mendapatkan pendedahan berkenaan projek mini. Pertandingan ini juga diadakan bagi menggalakkan kewujudan idea atau projek inovasi yang berfokuskan kepada program Kejuruteraan Pertanian. Projek akhir ini telah dinilai oleh seorang panel pensyarah daripada Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, 2 orang panel lagi adalah dari Pusat Pertanian Putra serta seorang panel industri.
 
Pertandingan tersebut dinilai berdasarkan kandungan dan format poster serta pembentangan lisan oleh pelajar-pelajar. Terdapat 15 pingat yang telah dipertandingkan antaranya tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan lima pingat gangsa. Semua pelajar juga menerima sijil penyertaan. Kumpulan yang memenangi pingat emas merupakan kumpulan yang membawa tajuk “Soil-Sensor:Real-Time Monitoring For Automatic Irrigation”, “Agrowaste: Borneo Sago Residue As Reinforcement In Biocomposite” dan “Low Cost Briquette Presser For Biocoal Production”.
 
Jabatan Sains dan Teknologi sentiasa menyokong usaha untuk mengetengahkan bakat, mendidik serta mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan projek serta inovasi bagi sebagai persediaan untuk menjadi graduan dan bakal jurutera yang boleh menyumbang kepada industri kejuruteraan pertanian negara.
 
Ketua Jabatan Sains dan Teknologi (JSTEK), Gs. Dr. Hajjah Wan Nor Zanariah binti Zainol @ Abdullah berkata, diharapkan dengan adanya program seperti ini ianya dapat mencungkil keupayaan dan kemahiran pelajar dalam menjalankan perancangan, pembangunan dan pengurusan projek. Beliau juga berharap agar program ini dijalankan pada tahun-tahun akan datang untuk terus memberi semangat kepada pelajar dalam mendalami ilmu kejuruteraan.
 
Salah seorang pemenang pingat emas, Nur Hanna Sofea binti Redzuan berkata, “Saya sangat terkejut dengan keputusan ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelia saya, Dr Nor Hanifawati binti Inai dan semua pensyarah yang memberikan sokongan sepanjang pembelajaran saya di UPMKB.
 
Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Sains dan Teknologi kerana menganjurkan pertandingan seperti ini”. Secara keseluruhannya, Final Year Project (FYP) Exhibition Day telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat di bawah penyelarasan Dr. Mohd Hamim Abdul Aziz. Jabatan Sains dan Teknologi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar, penyelia dan penyelia bersama projek mini atas pencapaian mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 27/11/2023 | Updated: 27/11/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDEJAT~