BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN PEMBANGUNAN MODUL AKTIVITI PROGRAM 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN PEMBANGUNAN MODUL AKTIVITI PROGRAM 2018

BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN PEMBANGUNAN MODUL AKTIVITI PROGRAM 2018

5 Mac 2018 - Bengkel Penyediaan Kertas Kerja dan Pembangunan Modul Aktiviti Program telah diadakan pada 3 Mac 2018 (Sabtu) dan bertempat di Dewan Kuliah Pusat A, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Bengkel ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar UPMKB untuk menyediakan kertas kerja dan membangunkan modul aktiviti program dengan baik. Seterusnya, bengkel ini dapat mengalakkan para pelajar untuk merancang pelbagai program yang akan memberi manfaat kepada individu, komuniti, persatuan atau kelab dan universiti.

Hasil dapatan yang diperoleh daripada bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Fakhzan bin Haji Buang, pensyarah Jabatan Sains Sosial, UPMKB. Seramai 47 orang peserta dan 12 orang ahli jawatankuasa telah terlibat dalam bengkel ini. Menurut saudari Daiana Minda anak Pada, selaku pengarah program ini memaklumkan bahawa peserta memberi respons yang sangat positif tentang pengisian program ini. Diharapkan peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang format yang betul dalam penulisan kertas kerja. Lantas, peserta diharap dapat membina motivasi diri dan lebih yakin untuk menyedia kertas kerja bagi program yang dirancang pada masa hadapan.

Tahniah Kelab Agribiz, Jabatan Sains Sosial, UPMKB!!!

Date of Input: 19/03/2018 | Updated: 22/03/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576086166