ALUMNI MENTORING PROGRAMME BANTU PELAJAR UNTUK SASAR MATLAMAT DALAM BIDANG AKADEMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » ALUMNI MENTORING PROGRAMME BANTU PELAJAR UNTUK SASAR MATLAMAT DALAM BIDANG AKADEMIK

ALUMNI MENTORING PROGRAMME BANTU PELAJAR UNTUK SASAR MATLAMAT DALAM BIDANG AKADEMIK

BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar, BHEP, UPMKB dgn kerjasama Pusat Alumni UPM  telah menganjurkan Alumni Mentoring Programme khas kepada pelajar UPMKB.

Program yang menggunakan Modul Bijak Akademik Sahsiah Terbaik (BEST) turut dibantu oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UPMKB dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator sepanjang program berlangsung.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi akademik disamping dapat mencungkil kekuatan serta potensi diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yg dijalankan. 

Alumni UPM, Rasid Seli turut membuat perkongsian bersama pelajar dalam sesi Alumni Inspirational Talk: From Zero to Hero. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang kaedah untuk membina dan menetapkan matlamat yg ingin dicapai khususnya dalam bidang akademik.

Date of Input: 03/01/2018 | Updated: 03/01/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576085550