AGRIBIZ BERGULAI SEJALAI 2017 PROGRAMME | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » AGRIBIZ BERGULAI SEJALAI 2017 PROGRAMME

AGRIBIZ BERGULAI SEJALAI 2017 PROGRAMME

10 Disember 2017 – Biro Perhubungan Awam, Kelab Agribiz, Universiti Putra Malaysia Bintulu Kampus Sarawak telah menjalankan program lawatan ke rumah panjang masyarakat Iban. Program ini diberi nama Agribiz Begulai Sejalai yang bermaksud Agribiz sehati sejiwa atau seiringi. Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu 9-10 Disember 2017 di rumah panjang Bare Anak Langi, Sg. Nangka, Sebauh. Seramai 49 orang peserta yang telah mengikuti program ini yang terdiri daripada pelajar dari Semenanjung dan Sabah.

 

Objektif program:

  • Memperkenalkan budaya tempatan yakni budaya masyarakat Iban di negeri Sarawak kepada peserta daripada Semenanjung dan Sabah.
  • Menambah ilmu pengetahuan am di samping mempelajari budaya kaum lain.
  • Mengeratkan lagi hubungan antara peserta melalui aktiviti yang diadakan.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada budaya masyarat Iban, belajar membuat pansuh, bermain alatan muzik tradisional serta belajar tarian ngajat, mendirikan ranyai, sesi keluarga angkat dan sebagainya.

Setinggi penghargaan kepada kepada YB Majang Anak Renggi, YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Farley bakery, J&J bakery dan Olivia Florist and Gift Shop di atas kesudian menaja program ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

 

Date of Input: 09/01/2018 | Updated: 09/01/2018 | midah

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
C1576082972