100 PESERTA JAYAKAN PUTRA BAKTI@DANCE CONNECT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 100 PESERTA JAYAKAN PUTRA BAKTI@DANCE CONNECT

100 PESERTA JAYAKAN PUTRA BAKTI@DANCE CONNECT

BINTULU, 17 November - Program Putra Bakti@Dance Connect UPMKB 2023 telah diadakan pada 28 Oktober 2023 di Times Square Megamall ,Bintulu yang lepas telah mendapat sambutan yang menarik daripada pengiat seni di Bintulu. Program ini dianjurkan oleh Pelajar kursus kokurikulum berkredit QKB2101 Seni Tari Melayu, Semester pertama Sesi Akademik 2023/2024 dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama Majestic Shades Dancer, Dayak Creative Moves dan MRC Entreupintar.
 
Pengarah Program, Cliff Dani Elson berkata program bengkel koreografi tersebut dianjurkan bertujuan untuk memelihara budaya tari di Bintulu khususnya sebagai salah satu platform dan juga inisiatif dalam memastikan bahawa keunikan tarian tradisional dan warisan budaya terus lestari.
 
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah bengkel koreografi yang diadakan dengan kerjasama Majestic Shades Dancer Bintulu dan pertandingan memperagakan kostum kreatif pelajar dari MRC Entreupintar School.
 
Seramai lebih 100 orang peserta telah menjayakan program ini dan kelihatan para peserta berasa girang apabila berpeluang untuk menarikan tarian ngajat dan kancet orang ulu yang dikendalikan oleh Fasilitator daripada Majestic Shades Dancer Bintulu selain penampilan istimewa kostum-kostum halloween yang unik seperti dari siri televisyen Wednesday telah diperagakan oleh pelajar-pelajar cilik MRC Entreupintar.
 
Penganjuran kedua-dua program ini dapat mencungkil bakat setiap kanak-kanak pada zaman kini dan memberi mereka pengalaman yang baharu yang dapat dijadikan pengajaran dalam hidup mereka supaya dapat dibiasakan dan dipelajari untuk masa yang akan datang dalam kehidupan mereka.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 08/12/2023 | Updated: 08/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDEJAG~