IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH KANAN GRED DS51 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH KANAN GRED DS51

IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH KANAN GRED DS51


Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, dan mempunyai komitmen yang tinggi dan penuh iltizam serta bercita-cita untuk berkhidmat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak yang menuju sebuah universiti bereputasi antarabangsa, bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

JAWATAN : PENSYARAH KANAN GRED DS51

SKIM PERKHIDMATAN : PENSYARAH UNIVERSITI

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK 

JADUAL GAJI MINUMUM-MAKSIMUM : RM5,855.00 - RM12,445.00


CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari laman web UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan memuat turun borang di www.btu.upm.edu.my, sila muat turun Iklan dan Borang permohonan Jawatan Pensyarah, seperti dibawah :

Iklan Permohonan Jawatan Pensyarah

Borang Permohonan Jawatan Kumpulan (Pengurusan dan Profesional)

Pemohon dikehendaki menyertakan salinan sijil akademik, transkrip, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran serta dokumen yang berkaitan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dimajukan ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu melalui emel penjawatanakademik@upm.edu.my.


PERHATIAN :

  1. Permohonan yang tidak lengkap diisi dan tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga di peringkat Fakulti.
  3. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 
PERTANYAAN :

Sebarang pertanyaan berhubung iklan boleh diajukan kepada pegawai berikut:

  1. En. Noor Hakim Ahmad
    No. Telefon Pejabat : 086-855208
    Emel : penjawatanakademik@upm.edu.my

  2. Pn. Lucy Asa
    No. Telefon Pejabat : 086-855234
    Emel : penjawatanakademik@upm.edu.my


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 Disember 2023 (Jumaat).

Updated:: 21/09/2023 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdBAc~