KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN AYAM PENELUR & PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN AYAM PENELUR & PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN


Apa yang menarik?
 
Para peserta akan didedahkan dengan teori berkaitan Penternakan Ayam Penelur secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan dan rekabentuk reban, pemakanan dan pengurusan ternakan ayam penelur, mengetahui secara mendalam berkenaan Penternakan Ayam Penelur, meliputi pembesaran dan pengeluaran, tanda penyakit, kawalan serta pencegahan, pemantauan prestasi serta kawalan pencemaran dan pengenalan Effective microorganisms (EM) penggunaan di ladang ternakan unggas. Disamping penerangan berkaitan perbezaan cara pemeliharaan dan pengurusan ayam penelur dengan ternakan ayam pedaging dan ayam kampung kacukan serta pendedahan tentang cara penyediaan pelan perniagaan yang tinggi yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.
 
Tarikh:
26 September 2020 (Sabtu)
 
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
 
Tempat:
Bilik Latihan, Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM Kampus Bintulu, Sarawak
 
Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Keluarga Staf UPM)
RM80.00 (Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
 
Sila klik disini untuk mengisi BORANG PENYERTAAN KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN AYAM PENELUR DAN PENYEDIAAN PELAN di laman sesawang : https://btu.upm.edu.my/ 
 
Pertanyaan:
 
Urusetia:
En. Mohamad Nasri Sinjan
H/P: 013-8040477
Pn. Norbaya Che Rus
H/P: 013-8881446
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283
 
Pegawai Seranta:
Pn. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna (019-8340886)
 
Tarikh Tutup:
18 September 2020 (Jumaat)
 
Anjuran:
Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak

Updated:: 28/08/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbBAW~