Modul perkembangan kanak-kanak ini diperkenalkan untuk memerhatikan tahap perkembangan psikologi kanak-kanak yang meliputi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, dan sosio-emosi. Melalui aktiviti-aktiviti yang berdasarkan kepada teori perkembangan kanak-kanak, intervensi dapat diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan pertolongan.
Dengan adanya intervensi, nescaya perkembangan kanak-kanak dapat diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan kanak-kanak yang sihat. Modul ini mengandungi Latihan dalam Kumpulan (LDK) atau aktiviti yang memenuhi empat komponen utama perkembangan psikologi kanak-kanak serta kit aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak yang berumur dari tiga hingga dua belas tahun.
Diharapkan juga ibu bapa dapat memanfaatkan tip serta panduan yang telah dikongsikan dalam buku ini bagi memastikan kesejahteraan mental anak-anak dapat dijaga sebaiknya.
PANEL PENULIS
Puan Hairunisah Binti Abdul Rahman
Encik Muhammad Abdul Rahim Bin Habib
Dr. Chan Siaw Leng
Dr. Karmilah Binti Abdullah
Puan Joyce Morris Kapong
Untuk Muat Turun >> DISINI
Updated:: 06/06/2023 [lanz]
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia