Tarian Langgie Pingadap Kaum Bidayuh | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Tarian Langgie Pingadap Kaum Bidayuh

Tarian Langgie Pingadap Kaum Bidayuh

C) Tarian Langgie Pingadap Kaum Bidayuh

Introduction:

Dalam mengharungi kehidupan seharian, masyarakat Bidayuh juga terkenal sebagai masyarakat petani yang mengamalkan penanaman padi bukit. Keadaan itu disebabkan konsep sosialisasi mereka yang diterima daripada generasi terdahulu. Masyarakat egalitarian masa lalu banyak bergantung kepada tanah untuk meneruskan kehidupan seharian. Kehidupan seharian mereka dikawal oleh adat yang keseluruhannya bergantung kepada struktur dan organisasi alam semesta dengan setiap peringkat penanaman padi diiringi oleh pelbagai ritual. Seni persembahannya pula banyak dipengaruhi oleh bentuk kehidupan. Melalui bentuk kehidupan itu lah  menjadikan tarian Langgie pingadap sebagai sebuah tarian tradisional masyarakat Bidayuh Bukar di Kampung Bunan Gega, Serian. Ia juga dijadikan sebagai satu identiti masyarakatnya dijaga dan dipelihara bagi memastikan identiti dan budaya masyarakat Bidayuh akan terus terpelihara walaupun masyarakat itu telah membangun bersama-sama peredaran masa. Dalam usaha untuk mengekalkan bentuk warisan bangsa, ia tidak boleh bergantung terus kepada pihak pemerintah kerana sekiranya tiada usaha daripada pihak akar umbi, sesuatu budaya itu pastinya akan hilang.



Pictures:



 

 

Publication


Journal

  1. Mohamad Maulana Magiman, Norhuda Salleh., (2017), Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap. Borneo Research Journal. Vol. 9, Issue 1, 46-59.

 

For more further enquiries:

Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
Senior Lecturer
Department of Social Science and Management
Faculty Of Humanities, Management And Science
Tel: +6086 855218
Email: mdmaulana@upm.edu.my

Updated:: 24/08/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaKAD~