PROGRAM KARNIVAL SUKAN UNIPUTRA 2020 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM KARNIVAL SUKAN UNIPUTRA 2020

PROGRAM KARNIVAL SUKAN UNIPUTRA 2020

Febuari 15, BINTULU; Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UPMKB telah menganjurkan Program Karnival Sukan UNIPUTRA 2020 yang telah berlangsung selama sebulan mulai 15 Februari sehingga 8 Mac. Program karnival sukan UNIPUTRA ini telah diisi dengan 18 jenis sukan indoor mahupun outdoor, serta aktviti-aktiviti lain seperti pertandingan menghias khemah rumah pasukan dan sorakan blok. Fasiliti sukan UPMKB dan kolej Sri Rajang (KSR) telah dijadikan tempat tumpuan program karnival ini.

Berdasarkan pengumpulan mata pemarkahan bagi program karnival sukan UNIPUTRA 2020, bagi kategori siswa, Blok A (Hemiptera) telah dinobatkan Juara keseluruhan dan Blok E (Diptera) menduduki tangga kedua manakala untuk kategori siswi pula, Juara Keseluruhan disandang dari Blok J (Lepidoptera) dan naib johan dimiliki oleh Blok I (Neuroptera). Seterusnya, bagi Anugerah Olahragawan Karnival Sukan Uniputra 2020 telah disandang oleh Kalif Conder dari Blok E manakala Anugerah Olahragawati dimenangi oleh Roshazwani Roslan dari Blok I. Penilaian anugerah-anugerah ini mengambil kira dari segi penglibatan pelajar jumlah kemenangan acara yang dipertandingkan.

Majlis kemuncak iaitu Majlis Penutupan Karnival Sukan UNIPUTRA 2020 telah berlangsung pada 8 Mac 2020 dan turut dihadiri tetamu Kehormat iaitu Pengetua Kolej / Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr Kamil Bin Latif sekaligus meraikan majlis penutupan Karnival Sukan UNIPUTRA 2020 yang telah diadakan di Padang Sukan, UPMKB.

Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat mencungkil dan menonjolkan bakat mereka dalam bidang sukan serta menghasilkan graduan yang dapat berketerampilan tinggi serta berdaya saing. Penyertaan pelajar dalam program karnival ini juga dapat menunjukkan betapa pentingnya amalan gaya hidup yang sihat agar dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan fizikal dan mental pelajar.

Dalam pada itu, Penyertaan warga UPMKB dalam program karnival ini juga dapat mewujudkan suasana kampus yang lebih harmoni bagi yang menyokong Visi dan Misi UPM amnya dan UPMKB khususnya tercapai. Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang!



Updated:: 13/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaLA1~