Penan Talun: Adaptasi Pembangunan Dan Pertanian Komersial Di Penempatan Semula Asap Belaga, Sarawak | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Penan Talun: Adaptasi pembangunan dan pertanian komersial di penempatan semula Asap Belaga, Sarawak

Penan Talun: Adaptasi pembangunan dan pertanian komersial di penempatan semula Asap Belaga, Sarawak

A) Penan Talun: Adaptasi pembangunan dan pertanian komersial di penempatan semula Asap Belaga, Sarawak

Introduction:

Pembangunan luar bandar merupakan satu agenda penting dalam transfomasi kerajaan dalam wawasan 2020. Pembangunan yang holistik ini merangkumi kaum Penan merupakan etnik minoriti dan sebahagian daripada kumpulan Dayak di Sarawak (Ezra Uda, 2002; Sercombe, 2008). Pada tahun 2010 dianggarkan 16,281 orang penduduk Penan di Sarawak dan daripada itu sebanyak 77 peratus sudah mempunyai penempatan tetap manakala 20 peratus pula hidup separa-nomad dan tiga peratus pula masih lagi menjalani kehidupan sebagai nomad (Unit Perancang Ekonomi, 2010). Bagi Penan Talun yang telah menetap di Penempatan Semula Sungai Koyan Belaga sejak hampir 20 tahun lepas dan merupakan kaum Penan mendiami penempatan tetap dan disediakan dengan banyak kemudahan asas seperti komuniti yang lain. Setelah berpindah ke tempat baru ini komuniti kurang terlibat dalam aktiviti pertanian komersial walaupun menerima segala kemudahan seperti masyarakat lain seperti kaum Kenyah, Kayan dan Kajang. Kajian ini dijalankan di Kampung Penan Talun bagi mengenal pasti jenis, kaedah dan halangan pembangunan dan pertanian komersial. Kajian ini akan meliputi aspek pembangunan fizikal, pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pertanian komersial yang akan dijalankan dengan menggunakan Borang Soal Selidik Berstruktur. Dalam kajian ini semua penduduk Penan Talun terlibat sebagai sampel kajian. Penyelidikan ini akan menyumbang kepada penyelesaian etnik Penan Talun khasnya dan Penan lain amnya dalam proses melakukan pembangunan dan pertanian komersial agar matlamat kerajaan dapat dilaksanakan dalam kalangan etnik Penan dapat dicapai.

 

Pictures:

 

 

 

For more further enquiries:

Dr. Ribka Alan
Senior Lecturer
Department of Social Science and Management
Faculty of Humanities, Management and Science
Tel: +6086 855601
Email: ribka@upm.edu.my

Updated:: 17/09/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFDEAD~