LED Lighting Project | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» LED Lighting Project

LED Lighting Project

Pelaksanaan projek penukaran kepada lampu LED di seluruh kampus, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) secara berperingkat adalah salah satu inisiatif Kelestarian Hijau yang telah dilaksanakan di UPM. Projek ini sudah semestinya akan memberi kesan kepada penjimatan penggunaan elektrik di UPMKB sekali gus dapat mengurangkan beban Pusat Tanggungjawab untuk menanggung kos pembiayaan utiliti.

Warga UPMKB mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tinggi bagi memastikan matlamat ini tercapai. Usaha ini adalah sejajar dengan kejayaan Universiti Putra Malaysia melonjak ke kedudukan 28 terbaik dunia dan kekal sebagai Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nombor satu di Malaysia dalam penarafan UI-Greenmetric World University Rangking 2019 dan berjaya mengekalkan kedudukan ini 10 tahun berturut-turut.


Updated:: 17/12/2019 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaKAr~