KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN PUYUH DAN PEMPROSESAN KOMPOS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN PUYUH DAN PEMPROSESAN KOMPOS

KURSUS TEKNIKAL PENTERNAKAN PUYUH DAN PEMPROSESAN KOMPOS

 

Apa yang menarik?
Para peserta akan didedahkan dengan teori berkaitan penternakan puyuh secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan dan pengurusan ternakan puyuh, taklimat secara teori berkaitan pemakanan, pengurusan kesihatan puyuh, mengetahui berkaitan pengurusan anak puyuh selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan pemberian makanan).

Disamping itu, praktikal / amali teknik pemilihan telur puyuh untuk tujuan pengeraman dan penetasan, pendedahan teknik pembuatan/penghasilan inkubator secara manual dan kecil-kecilan serta praktikal pembuatan kompos melalui bahan sarap puyuh yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.


Tarikh:
6 Ogos 2022 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Kuliah Pusat 2B, UPMKB (Teori)
Ladang Kongsi 2, Unit Puyuh dan Pusat Penetasan Unggas (Praktikal)

Yuran Penyertaan:
RM150.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Staf, Keluarga dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
 

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus.

 

Sila klik disini untuk mengisi Borang Penyertaan secara online dan maklumat kursus :
 
 

Pertanyaan:

Urusetia:
Pn. Noor Irawati Ahmad
H/P: 019-2463160
Cik Renee Sherna Laing
H/P: 010-9642037
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283

Pegawai Seranta:
Dr.Carlina Freddie Simol @ Rachellynna
H/P: 019-8340886

Tarikh Tutup:
22 Julai 2022 (Jumaat)
 
Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 22 Julai 2022 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya .
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 22 Julai 2022 (Jumaat).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.

Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Updated:: 04/07/2022 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaLAE~