International Day Of Forests | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» International Day of Forests

International Day of Forests

Tarikh    : 23 Mac 2019
Tempat : Dewan Sri Kenyalang, UPMKB

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sarawak 2019 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Sarawak. Sejak diperkenalkan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada 1971, Sarawak adalah yang pertama di Malaysia meraikannya pada 1974. Sambutan kali ini merupakan sambutan ke-45 di negeri Sarawak. Tema sambutan tahun ini adalah ‘Hutan dan Pendidikan’ yang dilihat amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan yang menginginkan pembangunan di negeri ini terutamanya di kawasan bandar diselarikan dengan pengurusan hutan yang mampan. Hutan yang terpelihara dengan baik mampu memastikan ekosistem alam berfungsi dengan sempurna seperti pembebasan gas oksigen yang mencukupi untuk mengimbangi pembebasan gas karbon dioksida yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Seramai 600 orang yang hadir, antaranya, ketua jabatan kerajaan dan swasta, para pemimpin masyarakat, guru- guru serta pelajar-pelajar sekolah. Bagi memeriahkan sambutan, banyak aktiviti telah dilaksanakan seperti aktiviti penanaman pokok di sekitar bandar Bintulu hasil usaha sama Jabatan Hutan Sarawak dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, pelancaran buku, pameran oleh agensi perhutanan, pemeriksaan kesihatan dan acara sukan.


Updated:: 17/12/2019 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbBAR~