Fruit Farm @ UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Fruit Farm @ UPMKB

Fruit Farm @ UPMKB

Tarikh    : 21 September 2019
Tempat : Tapak Taman Buah-Buahan UPMKB

Dusun Dalam Universiti atau “Fruit Farm @ UPMKB” telah dilancarkan pada 21 September 2019. Sesuai dengan status UPMKB yang dikategorikan sebagai kampus hijau dan sedang giat mempromosikan Zero Waste Initiative. Semasa program tersebut, sebanyak lebih 200 anak pokok buah–buahan telahpun ditanam di kawasan UPMKB. Aktiviti yang melibatkan lebih 100 orang pelajar dan tealah dirasmikan oleh Pengarah Kampus UPMKB, Profesor Dr. Bujang B. K. Huat yang turut mencetuskan idea Dusun Dalam Universiti. UPMKB yang berkeluasan lebih 700 hektar mempunyai kawasan kebun buah-buahan sedia ada seluas lebih 10 hektar yang ditanam dengan hampir 50 jenis buah- buahan. Pada program tersebut, anak pokok buah durian, longan, pulasan, rambutan, nangka dan cempedak ditanam di tujuh kawasan terpilih khususnya yang berdekatan dengan laluan jalan kampus. Turut diadakan adalah pesta buah-buahan di mana para pelajar dan kakitangan UPMKB turut berpeluang memetik buah-buahan yang terdapat di kawasan kebun UPMKB. Selain itu, turut diadakan demonstari cantuman tunas.



Updated:: 17/12/2019 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbMAw~