BENGKEL GEMALAI TARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» BENGKEL GEMALAI TARI

BENGKEL GEMALAI TARI

Bengkel “Gemalai Tari” yang dianjurkan oleh pelajar Kursus QKB2101 Seni Tari Melayu (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 telah dijalankan dengan jayanya di Bilik Kuliah 7, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Bengkel yang dikendalikan oleh Encik Azizi Bin Nawawi ini telah berjaya menarik minat seramai 85 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPMKB dan orang awam. Majlis Penutupan Program Bengkel “Gemalai Tari” ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia  Dr. Kamil Bin Latif, Pengetua Kolej / Ketua Hal Ehwal Pelajar (HEPA), UPMKB.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan seterusnya memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar UPMKB dan orang awam. Disamping itu, bengkel ini juga telah memberi peluang peserta untuk mempelajari pelbagai teknik tari iaitu tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli serta memahami asal usul keempat-empat tarian tersebut. Melalui program ini, kita dapat lihat betapa pentingnya khazanah seni tari ini perlu untuk diperkenalkan kepada generasi baru supaya “Tidak Lekang Dek Panas, Tidak Lapok Dek Hujan”.

Syabas dan tahniah diucapkan.


 

Updated:: 02/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUSAf~