Aplikasi Model Kesepaduan Sosial Dalam Tingkah Laku Pembangunan Potensi Diri Belia Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Aplikasi Model Kesepaduan Sosial Dalam Tingkah Laku Pembangunan Potensi Diri Belia Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Aplikasi Model Kesepaduan Sosial Dalam Tingkah Laku Pembangunan Potensi Diri Belia Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

C) Aplikasi Model Kesepaduan Sosial Dalam Tingkah Laku Pembangunan Potensi Diri Belia Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Introduction:

Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh kesepaduan sosial dalam konstruk psikologi sosial melalui elemen pembangunan potensi diri dalam program pembangunan sosial belia dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) ke arah mencapai integrasi sosial masyarakat serta mengenal pasti bentuk praktis terbaik melalui Life After Gold berdasarkan interaksi sosial dengan komuniti. Dalam konteks kajian tentang program pembangunan potensi diri belia, strategi pengumpulan data akan dirancang dengan merujuk kepada kajian literatur yang diperoleh. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Penyelidik menggunakan kaedah borang soal selidik, temubual in-depth, pemerhatian tidak turut serta (non-participant observation) dan Kumpulan Perbincangan Terfokus (Focus Group Discussion) serta Nominal Group Techinique (NGT) sebagai kaedah untuk mendapatkan data. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan bertujuan untuk memilih responden kajian yang terdiri daripada pemegang Anugerah Remaja Perdana (ARP). Sampel kajian adalah terdiri daripada pemegang tahap emas ARP di 12 Negeri di seluruh Malaysia, pemimpin dan mentor yang bertindak sebagai perencana, pelaksana dan penilai program ARP. Satu kajian rintis akan diadakan untuk tujuan pembentukan instrumen dan protokol kajian kes. Instrumen kajian terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A : Latar belakang diri responden dan Bahagian B : tingkah laku pembangunan potensi diri  dan protokol serta soalan-soalan terbuka untuk sesi temu ramah mendalam dan Focus Group Discussion (FGD) serta Nominal Group Techinique (NGT). Kajian ini akan dijalankan di Badan Operasi yang mempunyai peserta tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di 12 Negeri seluruh Malaysia yang mempunyai peserta tahap emas ARP yang aktif dan merupakan Badan Operasi yang paling aktif.

Pengumpulan data dijalankan pada bulan April 2016 dan fasa analisis dan penyediaan laporan akan menjangkau sehingga Oktober 2018. Secara keseluruhannya, kajian ini telah meneroka dan membincangkan penilaian sistematik menurut persepektif psikologi sosial, terutamanya variable niat dan kesepaduan sosial untuk mencapai tingkah laku pembangunan potensi diri. Pelaksanaan aktiviti pembangunan potensi diri ini telah memberikan banyak impak kepada belia di Malaysia dan skop pelaksanaan program yang menyeluruh akan melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan muda yang baru dan berkaliber.



Publication


Journal

  1. Yasmin Yaccob & M. Ibrani Shahrimin Adam Assim (2018). Kesepaduan Sosial Dalam Pembangunan Belia Di Malaysia: Penilaian Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Malaysian Journal of Youth Studies Jilid 18:2018, 219-242

     

 

For more further enquiries:

Dr. Yasmin Binti Yaccob
Senior Lecturer
Department of Social Science and Management
Faculty of Humanities, Management and Science
Tel: +6086 855349
Email: yasmin_y@upm.edu.my

Updated:: 17/09/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFFOAF~