AKADEMI BOLA TAMPAR TINGKAT KECEMERLANGAN SUKAN BOLA TAMPAR DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» AKADEMI BOLA TAMPAR TINGKAT KECEMERLANGAN SUKAN BOLA TAMPAR DI BINTULU

AKADEMI BOLA TAMPAR TINGKAT KECEMERLANGAN SUKAN BOLA TAMPAR DI BINTULU

BINTULU: 3 Feb 2024 - Pelajar Kursus Berkredit QKS2120 (Kumpulan 1) Semester Kedua 2023/2024, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) menganjurkan Program Putra Bakti (Just Spike IT Volleyball Academy 1.0), UPMKB. Program ini diadakan di SK. Kidurong 2, Bintulu pada 2 – 3 Mac 2024.

Roslan Ismail Fasilitator program berkata, sambutan yang diberikan begitu menggalakkan setelah penganjuran kursus ini diumumkan. Seramai 60 orang pelajar sekolah rendah di sekitar Bintulu. Penyertaan program ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada komuniti tempatan bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat muda di kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah dan dapat melahirkan pelajar "The Thinking Athlete" bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi dan pencapaian sukan negara, malah dapat membentuk sikap profesionalisme yang boleh dicontohi semua.

Pengarah Program Muhamad Azhad Bin Muhamad Khairi dalam ucapannya Beliau berkata, program yang julung kalinya diadakan itu menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka, selain ceramah tentang teknik-teknik asas dalam permainan bola tampar.

"Beberapa aktiviti melibatkan fizikal serta permainan turut diadakan untuk mengukuhkan asas-asas ketika bermain bola tampar," ujarnya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Penceramah /Jurulatih yang tidak asing lagi iaitu En. Welly daripada Guru di SK. Kidurong 2 Bintulu yang amat berpengalaman luas dalam arena sukan ini apatah lagi memiliki Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Kebangsaan Tahap 3. Katanya, Welly memberi pencerahan mengenai sukan bola tampar dan menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar jurulatih, memberi pencerahan teknik - teknik sukan bola tampar.

"Beliau memnyampaikan beberapa teguran dan nasihat kepada peserta terutama mengenai aktiviti pemanasan badan perlu dititikberatkan sebelum bermain bola tampar.  "Peserta banyak bertanyakan soalan mengenai syarat-syarat permainan dan peraturan-peraturan permainan bola tampar," katanya.

Penceramah Cikgu Nur Sufiana Mohd Sith, Guru Sekolah Kebangsaan Sri Samalaju, Bintulu dengan tajuk ”Jolly Volley” yang menerangkan tentang Pengenalan Sukan Bola Tampar melalui aktiviti Ice Breaking/LDK dan aktiviti ini juga peserta akan mempelajari ”Joyful Leaning” serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain di dalam kalangan pelajar dan dapat memberi ruang kepada pelajar untuk mengenali antara satu sama lain, katanya.

Di antara Penceramah jemputan yang lain adalah Gs. Dr. Hajjah Wan Nor Zanariah Binti Zainol @ Abdullah, Ketua Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB dengan tajuk “Healthy Food, Healthy ME!!”, yang menerangkan tentang makanan sihat.

“Keupayaan seseorang individu untuk membuat pilihan makanan dan minuman dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang sesuai dengan tujuan untuk memberi tenaga kepada badan bagi mencapai prestasi maksimum adalah kunci kepada pemakanan prestasi katanya”.

”Atlet perlu makan untuk memberi tenaga semasa latihan dan pemulihan. Mereka juga perlu makan dengan betul semasa perlawanan. Pemakanan atlet juga boleh mempengaruhi penyesuaian latihan, risiko kecederaan dan risiko penyakit tambahan beliau”.

Penceramah seterusnya Dr. Abdul Hadi Samsi, Felo Pengajar Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB dengan tajuk ”If I Can, You Can Too!”  memberikan motivasi kepada peserta untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai pelajar dan lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan apa juga situasi dalam proses pembelajaran selain meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam menjalani proses kehidupan. ”Yakinlah pada diri sendiri dan kebolehan anda. Kepercayaan diri adalah kunci kejayaan yang sejati dan dapat meningkatkan lagi jati diri dan keyakinan mereka dalam menghadapi alam dunia realiti”, katanya.

Bengkel ini melibatkan sesi teori dan juga praktikal serta diakhiri dengan mini kejohanan antara peserta bagi menguji pemahaman dan tahap kemahiran mereka. Perasmian Pembukaan Bengkel telah disempurnakan oleh Encik. Rozalani Bin Raini, Guru Besar SK. Kidurong 2, Bintulu, Encik. Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB dan turut hadir Puan. Hairunisah Binti Abdul Rahman, Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB.

Tahniah dan syabas kepada pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1) 2023/2024-2, UPMKB yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan bersama-sama menjadikan amalan bersukan sebagai satu cara hidup yang sihat.

Encik. Rozalani Bin Raini dalam ucapannya "Saya sangat berpuas hati semasa program ini berlangsung kerana banyak ilmu dan pengalaman dijayakan oleh penceramah berkobolehan serta membantu peserta lebih berkeyakinan dan berjiwa kental”. "Kita berharap program ini akan membantu institusi sukan negara melalui bengkel sukan dan program yang berkenaan dengan sukan terbabit," katanya.

 

Updated:: 14/03/2024 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFDRAG~