Program Kenyalang Bakti 2020 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » Program Kenyalang Bakti 2020

Program Kenyalang Bakti 2020

Program Kenyalang Bakti 2020 telah diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2020 yang lalu dengan tujuan utamanya adalah untuk memberi kesedaran tentang wabak Covid-19 kepada warga kampus dan masyarakat luar serta pencerahan yang teliti dalam usaha menangani isu ini. Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan kes jenayah yang semakin serius dalam kalangan remaja.

Program Kenyalang Bakti 2020 ini telah dikendalikan oleh pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Sebanyak 30 orang pelajar dari pelbagai program telah berganding bahu menjayakan program ini. Terdapat 6 slot telah diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya “Heal the world from the Covid-19” ,”The more you Consume, the Less you Live”, “Strees Management- Health Care”, “Security Is Our Priority”, “Boost Your Immune” dan “Back to Campus With SOPs” . Bagi menambahkan kefahaman setiap peserta yang menghadiri program ini, pihak urus setia telah menyediakan permainan maya “KAHOOT” pada hujung ceramah bagi setiap slot. Sebanyak 5 soalan telah dipaparkan dan peserta diminta untuk menjawab secepat mungkin dan markah yang diperoleh ditunjukkan pada akhir permainan ini. Hadiah disediakan kepada semua pemenang ‘Kahoot’ bagi setiap slot. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah berjaya menarik minat lebih kurang 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPMKB dan masyarakat luar. Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah yang terlibat khususnya pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Bintulu dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bintulu atas perkongsian maklumat yang berguna.

#KITAJAGAKITA





 

Date of Input: 20/11/2020 | Updated: 20/11/2020 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMBLRF:11:17