MERASAI ADAT DAN KEHIDUPAN SEHARIAN DI RUMAH PANJANG | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » MERASAI ADAT DAN KEHIDUPAN SEHARIAN DI RUMAH PANJANG

MERASAI ADAT DAN KEHIDUPAN SEHARIAN DI RUMAH PANJANG

MIRI: Program The Baksis Day 'Aram Berserakup' telah dianjurkan oleh pelajar kursus Bakti Siswa Kumpulan 2 selama 3 hari yang bermula dari 10 Mac 2023 hingga 12 Mac 2023 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Rumah Panjang Sungai Ukong Lambir. Program ini diberi nama “Aram Berserakup” yang diambil dari rangkai kata kaum Iban yang membawa maksud  “Mari Bekerjasama”. Program ini telah menempatkan para pelajar di rumah panjang bagi mempelajari budaya etnik Iban di situ. Para pelajar juga telah merancang beberapa pengisian aktiviti sepanjang program tersebut diadakan.Program ini telah memberi pengalaman baru bagi para pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.

Seterusnya, dalam bidang arkeologi dan antropologi , rumah panjang pula ditakrifkan sebagai sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang dan diperbuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya Iban. Selain itu, budaya pula membawa maksud tingkah laku sosial dan norma yang terdapat pada sesebuah masyarakat di sebuah tempat. Berdasarkan artikel yang telah diterbitkan oleh Utusan Borneo pada 4 Jun 2015 di Sibu, menurut Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan, “hampir 80 peratus gaya hidup masyarakat Iban berubah dan keadaan itu tidak dapat dielak kerana perubahan zaman. Maka, ciri kesenian dan kebudayaan rumah panjang kaum Iban merupakan kelebihan dan keunikan negeri Sarawak yang patut dipelihara sehingga ke hari ini.”

Kursus Kokurikulum Berkredit merupakan satu kursus berstruktur atau latihan praktikal yang wajib diambil oleh semua pelajar diploma di peringkat universiti untuk melepasi tahap graduat. Kursus ini mengandungi satu jam kredit. Selain menerapkan elemen-elemen Kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajar, Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa adalah merupakan wadah yang menyeluruh untuk pelajar siswazah mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan tentang konsep serta kaedah pelaksanaan sesuatu aktiviti atau program dengan konsep mengendalikan atur cara majlis.

Selain itu, kursus ini juga mampu membantu memperkasa belia yang terdiri daripada pelajar universiti dalam meningkatkan kemahiran praktikal, kemahiran insaniah dan pengurusan acara serta memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih efektif sekaligus mengaplikasi hasil pembelajaran yang tidak diperoleh melalui kursus akademik yang lain di dalam kelas. Seiring dengan hasrat tersebut, satu program akan dianjurkan iaitu Program The Baksis Day ‘Aram Berserakup’ yang memungkinkan semua aspek yang disasarkan dapat diterap dalam diri pelajar.

Seramai 183 orang pelajar termasuk penasihat dan penduduk rumah panjang  telah menghadiri dan menyertai Program The Baksis Day ‘Aram Berserakup’ secara bersemuka di Rumah Panjang Sungai Ukong Lambir, Miri yang dianjurkan oleh Pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2), Semester Kedua Sesi Akademik 2022/2023, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dari 10 Mac hingga 12 Mac 2023.

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti dan pelbagai slot yang dilaksanakan bersama-sama dengan penduduk rumah panjang sepanjang pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu berada di Rumah Panjang Sungai Ukong Lambir ini.Bagi Slot pertama adalah “Am Berkelala”“Am Berkelala” merupakan Bahasa Iban yang membawa maksud “Berkenalan Sesama Kita”.Slot ini telah dijalankan oleh para pelajar bersama-sama dengan penduduk-penduduk rumah panjang.Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi slot ini ialah “Ice Breaking, Tagline & Cheers, dan Radio Rosak”.

Bagi slot kedua ialah  “Fit Yourself” dimana para pelajar melakukan Senamrobik. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan slot ketiga iaitu “Fire Up!”. Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan pada slot ini. Antaranya ialah sukaneka, permainan Chapteh,  Step & Pop, dan juga Coconut Bowl. Bagi slot yang keempat pula merupakan slot Sharing Knowledge. Slot ini telah disampaikan oleh salah seorang pelajar UPMKB tentang “bagaimana membuat baja kompos?” kepada pelajar-pelajar UPMKB yang lain dan terdapat juga penduduk rumah panjang tersebut yang menyertai slot ini.

Seterusnya, bagi slot yang kelima pula ialah “Aram Berapi” yang membawa maksud “Mari Memasak”. Di sini, para pelajar mempelajari cara masakan etnik Iban bersama-sama dengan biro-biro wanita. Antara menu yang dimasak ialah Ayam Pansuh, Umai, dan juga Kuih Sarang Semut. Slot seterusnya pula ialah Let’s Cleanin.Bagi slot ini, kami telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah panjang tersebut.Pada sebelah malam, slot Gala Night dilaksanakan.Antara aktiviti yanng dilakukan pada slot ini ialah ngajat mengelilingi ranyai, aspirasi malam budaya, dan terdapat juga persembahan kebudayaan.

 
Gambar 1 : Gambar bagi slot ‘Gala Night’

Pada 12 Mac 2023, dimana merupakan hari terakhir bagi Program The Baksis Day 'Aram Berserakup' dianjurkan. Pada waktu pagi, slot seterusnya disambungkan dengan slot yang ke-8 iaitu Fit Yourself 2.0. Aktiviti yang dilakukan bagi slot ini adalah senamrobik dan poco-poco. Aktiviti ini telah diketuai oleh penghulu dan salah seorang wakil dari rumah panajng itu. Seterusnya, slot yang ke-9 diteruskan dengan membuat kraftangan, iaitu menganyam. Nama bagi slot ini ialah Let’s Craft.Bagi slot yang terakhir pula adalah“Berserarak Kitai Dituk”

yang membawa maksud “Berpisah Kita Disini”.Slot ini bermula dengan menyambut tetamu kehormat, nyanyian “Negaraku”, bacaan doa, dan kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Program QKK2101 dan YB Ripin bin Lamat.

Mewakili tetamu kehormat, YB Dr. Ripin Lamat yang merupakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata bahawa “Saya berharap insan yang dididik di IPTA dan IPTS supaya menjadi peneraju dari segi ekonomi, sektor awam, dan juga sektor swasta pada masa yang akan datang”.

“Jadi ambil lah sebanyak mungkin pengalaman ketika anda semua berada di Sarawak” Ujar YB Dr Ripin bin Lamat, ADUN N.72 Lambir yang juga merupakan alumni Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu kepada para pelajar yang datang dari pelbagai negeri.

Beliau meneruskan ucapan dengan berkata “Jadi, saya berharap pengalaman para pelajar sekalian berada di rumah panjang, ambil lah sebagai satu panduan untuk kita memupuk semangat tolak ansur, semangat hormat-menghormati dan juga menjurus kepada perpaduan di antara kaum dan agama”.

“Di Sarawak itulah keunikan kita semua, kita amat memahami antara satu sama lain dan antara kaum. Kepada ibu-ibu di rumah panjang, terima kasih kerana sudi menerima pelajar-pelajar ini sebagai anak angkat dan kepada biro-biro wanita terima kasih juga kerana sudi memasak untuk hari ini.”

 Gambar 2 : Bergambar bersama tetamu kehormat

Mewakili para pelajar Bakti Siswa (Kumpulan 2) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu pula, sebagai pengarah program, Muhammad Alif Haiqal Bin Abd Rashid melafazkan rasa syukur kerana program ini telah berjalan dengan lancar dan berkata “program ini telah membawa sejuta kenangan dan pengalaman yang cukup menyumbangkan set-set kehidupan yang disulami dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan akhlakiah yang mulia. Segala nikmat dan input-input yang berguna dari perjalanan program The Baksis Day:Aram Berserakup ini diharapkan dapat ditanam, dibaja dan dituai dengan sebaik-baiknya oleh mahasiswa dan mahasiswi sekalian”.

“Sesungguhnya, kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi UPMKB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penduduk Rumah Panjang Sungai Ukong, penghulu Randi anak Elon dan Tuai Rumah Jarek anak Klambu kerana telah menerima kami dengan hati yang terbuka serta memberi kami kesempatan untuk menginap di sini”.

 “Dengan izinNya, mudah-mudahan pertemuan kita di perkampungan ini tak lekang dek hujan, tak lekang dek panan serta berkekalan dan abadi selamanya”.

“Saya selaku pengarah program juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat kami, Dr. Nurul Nadwa binti Zulkfili kerana telah sanggup meluangkan masanya untuk mengajar kami cara-cara menganjurkan program ini

Gambar 3 : Bergambar dengan penduduk rumah panjang sebelum bertolak balik ke UPMKB

Date of Input: 08/05/2023 | Updated: 08/05/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaVAd~