MBA@UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» AKADEMIK » Pengajian Pascasiswazah » MBA@UPMKB

MBA@UPMKB

MASTER PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA@UPM KAMPUS BINTULU), (WEEKDAYS / WEEKEND)

Latar Belakang
Di dalam persekitaran global hari ini yang tidak menentu, tidak pasti, kompleks dan samar-samar, pengurus perniagaan perlu bertindakbalas dengan cepat dan fleksibel bagi menangani cabaran yang kian meningkat. Program MBA di UPM mensasarkan kepada golongan pemimpin dan pengurus profesional untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti kemahiran di dalam pentadbiran perniagaan dan organisasi. Program MBA kami dibentuk khas untuk membina asas yang kukuh untuk kemahiran pengurusan perniagaan, maka ia amat sesuai bagi pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan pentadbiran perniagaan mahupun yang tidak. Projek penyelidikan berkonsepkan kajian kes kami akan memberi peluang pelajar untuk mendalami selok-belok perniagaan di dalam industri yang dipilih. Ini akan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk berfikir dan membuat keputusan secara strategik.

Struktur Kurikulum
Pelajar dikehendaki melengkapkan 42 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras dan disertasi master (18 jam kredit), kursus pengkhususan (18 jam kredit) dan kursus elektif (6 jam kredit). Maklumat lanjut mengenai senarai kursus, KLIK SINI

Syarat kemasukan

  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000 dan sekurang-kurangnya 1tahun pengalaman kerja; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.999 dan mempunyai minimum 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK minimum 2.000 – 2.499 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

Syarat Bahasa Inggeris
Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

Pengambilan
Julai (Trimester Pertama)
November (Trimester Kedua)
Mac (Trimester Ketiga)

Kerjaya
Pemimpin perniagaan, Pemasar, Pengurus Kanan, Perunding, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Usahawan, Pemodal Usaha Rentan, Pemimpin Kanan Kerajaan, berperanan sebagai Eksekutif dalam Pemasaran, Operasi, Kewangan, Penjualan dan Komunikasi.

Pengiktirafan Program
Akreditasi AACSB, EQUIS

Brosur
Untuk melihat brosur program, KLIK SINI

Yuran dan Bantuan Kewangan

Calon Tempatan:
Satu tahun : RM 28,700
Dua tahun  : RM 34,050

Calon Antarabangsa: 
Satu tahun  : RM 39,200 
Dua tahun  : RM 46,650

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK SINI

Waktu Kelas
Weekdays (Monday – Friday) from 6.30 PM - 9.30 PM /
Weekend (Saturday - Sunday) from 9.00 AM - 5.00 PM

Penyelaras Program di Kampus Bintulu:
Dr. Aryaty Binti Alwie

No. Pejabat : +6086-855 613 / 212 / 324
Emel: aryaty@upm.edu.my

Untuk MEMOHON, sila KLIK SINI

Kemaskini:: 31/01/2024 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDEIAX~