Master Keusahawanan (Secara Kerja Kursus) @UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» AKADEMIK » Pengajian Pascasiswazah » Master Keusahawanan (Secara Kerja Kursus) @UPMKB

Master Keusahawanan (Secara Kerja Kursus) @UPMKB

MASTER KEUSAHAWANAN

Latar belakang
Program ini merupakan program holistik rasmi bagi menghasilkan calon dengan naluri dan kemahiran keusahawanan untuk usaha inovatif dan kreatif. Program ini direka untuk calon daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Pelajar yang mengikuti program ini juga akan didedahkan kepada pengalaman praktikal untuk mengeksploitasi peluang-peluang pasaran serta mendapat manfaat daripada rangkaian.

Struktur Kurikulum
Pelajar dikehendaki melengkapkan 43 jam kredit kursus. Program ini merangkumi kursus teras (31 jam kredit), kursus elektif (6 jam kredit) projek keusahawanan (6 jam kredit). Maklumat lanjut mengenai senarai kursus. Sila rujuk KLIK SINI

Syarat kemasukan

  • Calon hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.750 - 2.999 dan mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.749 dan mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK 000 – 2.499 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

Syarat Bahasa Inggeris
Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

Nota: Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

Pengambilan             
Julai (Trimester Pertama)
November (Trimester Kedua)
Mac (Trimester Ketiga)

Kerjaya
Usahawan, Usahawan Korporat, Perunding, Pengurus                          

Pengiktirafan Program
Akreditasi AACSB, EQUIS

Brosur
Untuk melihat Brosur ProgramKLIK SINI

Yuran dan Bantuan Kewangan 
Calon Tempatan                             

Satu tahun  : RM 20,650
Dua tahun   : RM 26,000               

Calon Antarabangsa

Satu tahun  : RM 36,725
Dua tahun   : RM 44,175

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK SINI

Waktu Kelas
Hari biasa (Isnin – Jumaat) jam 6.30 PM -9.30 PM /
Hujung Minggu (Sabtu-Ahad) jam 9.00 AM - 5.00 PM                       

Penyelaras Program di UPM Kampus Bintulu:               
Nama   : Dr. Aryaty Alwie
Pejabat : +6086-855 613 / 212 / 324
Emel     : aryaty@upm.edu.my

Untuk MEMOHON, sila KLIK SINI

Kemaskini:: 31/01/2024 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXENSAg~