PROJEK TRANSFORMASI PADI AGRIHUB@GEDONG UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROJEK TRANSFORMASI PADI AGRIHUB@GEDONG UPMKB

PROJEK TRANSFORMASI PADI AGRIHUB@GEDONG UPMKB


Pada 6 Oktober 2023, kumpulan penyelidik Projek Transformasi Padi AgriHub@Gedong dari UPMKB telah menyantuni YAB Premier Sarawak dalam lawatan tapak ke Kampung Lubok Punggor, Gedong.

Pada sesi lawatan tersebut, pihak UPMKB turut dijemput untuk memberi pembentangan mengenai laporan kemajuan dan perancangan projek AgriHub@Gedong yang telah disampaikan oleh Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini selaku Ketua Projek.

Fokus utama projek AgriHub@Gedong adalah untuk mentransformasikan penanaman padi dari segi Amalan Pertanian Baik (GAP), pertanian pintar (smart farming & IoT) dan kemampanan (sustainability).

Ahli projek yang turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Amy Halimah Rajaee, Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya, Ts. Dr. Muhammad Huzaifah bin Mohd Roslim, Dr. Mohd Hamim bin Abdul Aziz dan En. Mohammad Zarith bin Majeri.

Sesi lawatan YAB Premier ini turut dihadiri oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia, Datuk Rubiah Wang, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, wakil khas ADUN Gedong Datuk Mohamad Naroden Majais, Residen Bahagian Kota Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Datu Abdullah Julaihi serta tetamu jemputan lain.

Date of Input: 12/10/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdBAo~