BINTULU: Pada 4 Oktober 2016 yang lepas, satu Taklimat Outreach Keusahawanan telah diadakan bersempena dengan Program Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2015/2016 dengan kerjasama pihak Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak serta Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU).
Program Keusahawanan Siswa ini diadakan bagi menarik minat dan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peranan TERAJU dan rakan strategiknya yang lain serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam pembangunan usahawan di Malaysia.
Hal ini penting agar pelajar mendapat pendedahan yang lebih jelas mengenai bidang keusahawanan dan kerjaya serta peluang-peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan usahawan muda. Di samping itu juga, program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar dengan lebih meluas terutamanya mengenai bidang perniagaan dan keusahawanan dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, sekaligus mampu menarik minat pelajar untuk bergelar usahawan.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia