PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM BACELOR SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2016/2017 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM BACELOR SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2016/2017

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM BACELOR SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2016/2017

KEMASUKAN PORGRAM BACELOR SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2016/2017


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI PELAJAR
DIPLOMA TAHUN AKHIR UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK DAN ASASI SAINS PERTANIAN (LALUAN PERDANA) KE PROGRAM BACELOR SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2016/2017

1. Pelajar tahun akhir (semester akhir) program diploma UPM Kampus Bintulu, Sarawak dan program Asasi Sains Pertanian (Laluan Perdana) boleh memohon kemasukan ke program Ijazah Bacelor bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2016/2017.

2. Hanya permohonan kemasukan dari calon di atas sahaja dibenarkan memohon melalui Aplikasi Atas Talian (Online Application) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan, UPM.

3. Permohonan boleh dibuat mulai 01 April 2016 (Jumaat) mulai jam 08:00 am melalui laman web :-

https://smp.upm.edu.my/dalaman

4. Borang permohonan bersama salinan dokumen hendaklah dihantar kepada :-

Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM SERDANG,
Selangor.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut :-

Pejabat Am : 603-8946 6059, 603-8946 6060
E-Mel : akd@upm.edu.my

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016 (Sabtu).

 
PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI PELAJAR DIPLOMA TAHUN AKHIR UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK DAN ASASI SAINS PERTANIAN (LALUAN PERDANA) KE PROGRAM BACELOR SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2016/2017

1. Pastikan anda membaca setiap arahan yang dinyatakan sebelum akses Borang Permohonan Atas Talian.

2. Sila kenal pasti Kategori anda :-

a. Lepasan Diploma UPM Kampus Bintulu, Sarawak = Kategori FB

b. Lepasan Asasi Sains Pertanian (Laluan Perdana) = Kategori M2

Kesilapan memilih Kategori akan membuatkan permohonan anda tidak diproses.

3. Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. (Sila rujuk Senarai Nama Program dan Syarat Khas Program melalui url kemasukan https://smp.upm.edu.my/promosi).

4. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat didalam borang permohonan anda terutamanya nombor kad pengenalan.

5. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda ( * ).

6. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar Borang Permohonan Atas Talian.

7. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

8. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan Atas Talian anda bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan permohonan.

9. Bayaran wang proses sebanyak RM15.00 perlu dibayar melalui CIMB BANK BERHAD. Cetak bukti pembayaran wang proses dan hantar bersama borang permohonan. Tulis nama dan nombor kad pengenalan anda pada slip yang dicetak untuk tujuan rujukan. (Sila rujuk pautan ke cimbclicks manual).

10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016 (Sabtu).

11. Tarikh temuduga dihebahkan mulai 18 Mei 2016 (Selasa).

Bahagian Kemasukan
Universiti Putra Malaysia
(Unit Pengambilan dan Kemasukan)

Sila Muat Turun :
1. HEBAHAN PERMOHONAN LEPASAN ASASI & DIPLOMA UPMKB 2016-2017
2. PROGRAM BACELOR DITAWARKAN 2016-2017 


Date of Input: | Updated: | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086338948
B1566802414