PROGRAM KESEDARAN TERHADAP MASALAH KETAGIHAN DAN SEKSUALITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KESEDARAN TERHADAP MASALAH KETAGIHAN DAN SEKSUALITI

PROGRAM KESEDARAN TERHADAP MASALAH KETAGIHAN DAN SEKSUALITI

BINTULU: Pada 4 September 2016 yang lepas, Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar (SKKP) dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang telah menganjurkan Program Kesedaran Terhadap Masalah Ketagihan dan Seksualiti.


Encik Fairul Desa telah dijemput khas daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak


Program yang telah dijalankan di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB ini telah dihadiri oleh seramai 668 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Diploma Semester 1, 3 dan 5 serta pelajar baharu ambilan Bacelor.
Penceramah bagi program ini, Encik Fairul Desa telah dijemput khas daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak bagi memberikan pendedahan kepada semua pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan ketagihan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai jenis penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS  serta bagaimana melindungi diri daripada penyakit tersebut.

 


pelajar Diploma Semester 1, 3 dan 5 serta pelajar baharu ambilan Bacelor


Program ini turut dihadiri oleh Dr Aryaty binti Alwie, Timbalan Dekan (HEP) selaku tetamu jemputan.

 


Turut hadir, Dr. Aryaty binti Alwie, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) UPMKB dan Saudari Qurratul Sa’adah binti Zulkafli, Majlis Perwakilan Pelajar, UPM.


Pelajar UPMKB


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMEQ6T:16:58