Pelajar UPMKB Johan Pertandingan Pidato 1 Malaysia | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Pelajar UPMKB Johan Pertandingan Pidato 1 Malaysia

Pelajar UPMKB Johan Pertandingan Pidato 1 Malaysia

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Siti Zul Lailee binti Kamsan telah mendapat Johan Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat Bahagian Miri/Bintulu.

Pelajar Program Bioindustri ini, telah menerima Piala dan Wang Tunai RM 200.00 berserta barangan elektrik setelah menewaskan 8 peserta lain yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Miri/Bintulu di Dewan Suarah Miri.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan Yang Berhormat Puan Rosey bt. Haji Yunus, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga. Seterusnya johan bahagian ini nanti akan mewakili Bahagian Miri/Bintulu ke Peringkat Negeri Sarawak dalam pertandingan berikutnya yang akan diadakan pada 18 April 2015 di Kanowit, Sarawak.

Tahniah diucapkan dan semoga berjaya diucapkan kepada Siti Zul Lailee binti Kamsan.


Tarikh Input: | Kemaskini: | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMERcV:17:28