Karnival Sukan Dan Budaya UPMKB 2014 (SUKEP) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Karnival Sukan Dan Budaya UPMKB 2014 (SUKEP)

Karnival Sukan Dan Budaya UPMKB 2014 (SUKEP)

Karnival Sukan Dan Budaya UPMKB 2014 (SUKEP) ini julung kalinya diadakan di UPMKB. Karnival yang berlangsung selama seminggu ini menggabungkan semua teras sukan dan budaya (QKS2104 Futsal, QKS2111 Tenis, QKS2114 Ping Pong, QKS2117 Ragbi, QKS2120 Bola Tampar, QKS2103 Bola Baling, QKS2106 Hoki, QKB2104 Vokal Asas, QKB2101 Seni Tari Melayu dan QKB2108 Pengurusan Pentas) sebagai satu karnival tahunan universiti dalam memenuhi subjek kokurikulum berkredit pelajar. Sebelum ini setiap teras sukan dan budaya menjalankan program secara berasingan melalui aturcara program tersendiri. Di samping itu, karnival ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada seluruh warga UPMKB yang terlibat khususnya mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga UPMKB. Seterusnya dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mampu bersaing dengan masyarakat luar.

Semua peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Pelajar UPMKB dan masyarakat di sekitar Bintulu. Seramai 737 orang pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi Akademik 2014/2014 dan diiringi 13 orang fasilitator telah terlibat dalam program tersebut. Program ini diadakan selama 8 hari bermula pada 15 Feb 2014. Pertandingan sukan yang dipertandingkan adalah sukan bola tampar, ragbi, futsal, ping pong, bola baling dan tenis.

Pada 22 Feb 2014, Malam Kemuncak SUKEP 2014 Timbalan Dekan Akademik iaitu Dr. Mohd Hanafi Idris dan diiringi Timbalan Dekan HEP Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah telah merasmikan Penutupan Karnival Sukan dan Budaya UPMKB 2014 (SUKEP). Acara yang dipertandingkan pada malam tersebut seperti pertandingan nyanyian, tarian dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Kesan daripada Program KARNIVAL SUKAN DAN BUDAYA UPMKB 2014 (SUKEP) ini dapat memupuk dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa khususnya pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang dapat membentuk pelbagai peribadi unggul termasuk elemen kemahiran insaniah yang menjadi teras utama dalam pembelajaran kursus kokurikulum berkredit.

Pencapaian Objektif secara keseluruhannya KARNIVAL SUKAN DAN BUDAYA UPMKB 2014 (SUKEP) kursus Kokurikulum Berkredit teras sukan dan budaya ini telah mecapai objektif pelaksanaan. Program ini berjalan dengan adanya kerjasama di antara para peserta dan fasilitator serta mereka yang terlibat secara tidak lansung bagi menjayakan aktiviti ini. Selain dapat menerapkan 7 kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan tentang kaedah dan proses penganjuran sesuatu program dan aktiviti. Pendedahan dan Kemahiran Insaniah yang dipraktikkan sepanjang aktiviti dapat membantu proses pembentukan modal insan dengan minda kelas pertama. Hal ini dapat melahirkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kesimpulannya KARNIVAL SUKAN DAN BUDAYA UPMKB 2014 (SUKEP) mendapat maklum balas yang baik dan melalui program seperti inilah kita berpeluang mengenali masyarakat luar serta menerapkan kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar dan memahami kepentingan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program secara bersama.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUVAL~