Bengkel Penulisan Saintifik Siri 1/2015 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » Bengkel Penulisan Saintifik Siri 1/2015

Bengkel Penulisan Saintifik Siri 1/2015

Gambar 1


27 - 29 Mac 2015, ParkCity Everly Hotel Miri Sarawak : Selaras dengan usaha Universiti Putra Malaysia untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan seperti yang telah ditetapkan oleh MYRA II iaitu 4,800 bersamaan tiga jurnal perstaf setahun, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Saintifik Siri 1 khususnya kepada pegawai akademik dan pelajar pascasiswazah.

Antara tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada peserta mengenai cara penulisan saintifik yang betul bagi penerbitan jurnal berwasit dan berimpak tinggi, mewujudkan budaya menulis artikel saintifik daripada data-data terkumpul di kalangan peserta kursus, mewujudkan suasana lebih mengenali dan meningkatkan kemesraan dikalangan peserta  dalam projek penyelidikan bersama untuk menghasilkan jurnal yang bermutu, sebagai landasan untuk memperluaskan kemahiran dan teknik penulisan kepada peserta serta menghasilkan beberapa penulisan kertas jurnal daripada peserta yang menghadiri kursus.

Bengkel 3 hari ini telah belangsung dengan jayanya yang telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar pascasiswazah seramai 40 orang dan pihak fakulti mensasarkan hasil bengkel ini akan menghasilkan 40 jurnal yang akan dihantar kepada penerbit untuk diterbitkan pada tahun ini.


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZWAM~