UTAMA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Anda lepasan sekolah dan mencari tempat belajar yang baik serta kondusif? Atau anda telah mempunyai pekerjaan namun ingin menambah pengetahuan dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi?.

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat PhD, Master, Bacelor, Diploma dan Pra Diploma. Program akademik yang ditawarkan sangat relevan dengan keperluan industri, dimana graduan kami telah mencapai peratusan kebolehpasaran yang tinggi. Semua program pengajian menyokong 5 tujahan akademik dan penyelidikan kami, iaitu dalam bidang Pertanian, Perhutanan, Tenaga Diperbaharui, Kimia Industri, dan Ekonomi Sosial.


Untuk ambilan tahun 2018, UPMKB menawarkan tiga (3) program Bacelor, tujuh (7) program Diploma, dan satu (1) program Pra Diploma. Enam (6) program Bacelor dan dua (2) program Diploma akan ditawarkan pada tahun 2019, dan program-program lain akan ditawarkan pada tahun berikutnya.

Bagi pengajian Siswazah pula, UPM Kampus Bintulu Sarawak mempunyai Enam (6) program pengajian master secara kerja kursus manakala untuk pengajian master dan PhD secara kajian, UPMKB mempunyai 45 bidang penyelidikan untuk diterokai. UPM Kampus Bintulu Sarawak merupakan satu-satunya kampus bertaraf universiti penyelidikan di Malaysia timur dengan 85% pensyarahnya mempunyai kelulusan PhD dalam pelbagai bidang.

Tahniah kerana menjadi pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak. Sepanjang pengajian anda di kampus ini, anda akan berpeluang belajar kursus yang anda minati dalam suasana yang sangat kondusif dan damai. Pihak universiti amat komited untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan teknologi terkini dan keselamatan semua pelajar yang berada di kampus ini menjadi keutamaan kami.

Selain daripada belajar, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik turut dijalankan agar pelajar dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah. UPMKB dilengkapkan dengan kemudahan seperti Kolej Sri Rajang, Perpustakaan, Klinik serta Kemudahan Sukan dan Rekreasi untuk memastikan pelajar UPMKB kekal aktif dan mempunyai minda yang cerdas.

Peluang belajar di Bintulu Sarawak di pulau Borneo yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya adalah pengalaman berharga yang anda tidak akan dapat lupakan. Borneo mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai semasa cuti semester. Antara lokasi popular yang boleh dilawati oleh pelajar ialah Gua Niah, Gunung Santubong, Gua Mulu dan Gunung Kinabalu selain melawati bandar-bandar seperti Miri, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu dan negara jiran Brunei Darussalam.

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

UPMKB adalah kampus cawangan UPM dengan sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program Diploma, Bacelor, Master dengan tesis dan PhD.

Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti.

Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding.

Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan. 

UPM Alumni Intelligent System merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

artikel
Pelan Strategik UPMKB 2019-2023
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) is not a new name in higher education, being the oldest university campus in Sarawak.
Pelan Strategik UPMKB 2019-2023
Pelan Strategik UPM 2021-2025
Pelan Strategik UPM 2021-2025
Bulletin Institut Ekosains Borneo Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus (Inaugural Edition)
Bulletin Institut Ekosains Borneo Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus (Inaugural Edition)
Artikel-artikel lain...
berita
TAHNIAH UPMKB!
TAHNIAH UPMKB!
Tahniah dan syabas diucapakan kepada warga UPMKB khasnya para pelajar yang telah memberi sokongan dan penglibatan dalam kejohanan Mobile Legend Campus Championship Siri Ke-3 yang telah berlangsung sepanjang tahun 2021.
pengumuman

Pelajar boleh membuat penilaian Teaching Assesment melalui portal Putra Learning Hub https://oscar.upm.edu.my/ta/index.php yang boleh diakses dengan menggunakan UPM-ID masing-masing:

Tarikh : 27 Disember 2021 - 30 Januari 2022

TARIKH TUTUP

07 Feb 2022

SH01/2022 (KSR)

PERKHIDMATAN MENGUSAHA GERAI (MAKANAN MASAKAN HALAL) DI DEWAN MAKAN DUA (KK2), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
youtube.png
flickr.png
CVBXEAn:04:26