Bintulu, 6 Oktober 2023 - Kelab Akademik Hospital Bintulu telah menyerahkan sumbangan satu unit mesin Automated External Defibrillator (AED) kepada pihak UPMKB hari ini.
Sumbangan mesin AED ini merupakan kesinambungan dari kolaborasi Kelab Akademik Hospital Bintulu bersama Pejabat Pendaftar(UPMKB) dalam penganjuran program Mega CPR Bintulu yang diadakan pada 11 Mac 2023 yang lalu di Dewan Sri Kenyalang UPMKB.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Dr Merayang Bundan, Pakar Perubatan Kecemasan, yang mewakili Kelab Akademik Hospital Bintulu, kepada UPMKB yang diwakili oleh En Noor Hakim Bin Ahmad, Ketua Pentadbiran UPMKB.
Diharapkan hubungan yang baik antara UPMKB dan Hospital Bintulu ini akan dapat diteruskan lagi masa akan datang agar program kolaborasi seumpama program Mega CPR Bintulu dapat dijalankan pada masa akan datang.
Date of Input: 12/10/2023 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia