SOALAN LAZIM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

UPM
1
1. Bilakah UPM ditubuhkan?

1. Jawapan :
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada tahun 1931. Pada tahun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaysia oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Kolej Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Pada tahun 1997, nama Universiti Pertanian Malaysia ditukar kepada Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.

2
2. Apakah yang dimaksudkan dengan UPM?

  • Jawapan:
    UPM adalah singkatan bagi Universiti Putra Malaysia
  • 3
    3. Di manakah terletaknya UPM?

  • Jawapan:
    Kampus utama UPM terletak di antara ibu negara Malaysia, Kula Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Malaysia. Jaraknya adalah kira-kira 25km dari Kuala Lumpur dan 45km dari KLIA. UPM mempunyai kampus cawangan dan ia terletak di Bintulu, Sarawak, Malaysia.
  • 4
    4. Apakah matlamat UPM? 

    4. Jawapan:

    1. Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing
    2. Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa
    3. Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu
    4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pertanian, dan biosumber tropika
    5. Mempermantap tadbir urus dan pengurusan sumber berdasarkan amalan terbaik
    6. Memperkasakan Putra Business School (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan atau GSM) sebagai Top Business School

    5
    Bagaimanakah untuk ke UPM?

    5. Jawapan:
    Pelajar boleh menaiki komuter kereta api ke stesen Serdang dari KL Sentral di Kuala lumpur dan bas akan menunggu di stesen tersebut untuk ke UPM.


    6
    6. Adakah UPM menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar?

    6. Jawapan:
    Ya, UPM mempunyai 17 buah kolej kediaman di mana pelajar boleh memohon untuk menetap di salah satu daripadanya bergantung kepada kekosongan bilik di kolej kediaman tersebut.

    7
    Apakah kemudahan yang disediakan di UPM?

    7. Jawapan:
    Pelbagai kemudahan turut disediakan demi keselesaan para pelajar dan staf seperti ICT, perpustakaan, dewan, kafeteria, kemudahan keselamatn, masjid, sistem pengangkutan di dalam kampus, sukan & rekreasi, klinik kesihatan, penginapan, perbankan & khidmat pos dan hospital veterinar.

    8
    Di manakah saya boleh memperolehi maklumat syarat kemasukan?

  • Jawapan:
    Syarat kemasukan akademik am boleh didapati melalui pautan www.akademik.upm.edu.my  untuk pengajian prasiswazah dan www.sgs.upm.edu.my untuk pengajian pasca siswazah.
  • 9
    Apakah program-program yang ditawarkan di UPM?

  • Jawapan:
    UPM menawarkan program bagi prasiswazah dan juga pasca siswazah di mana maklumat selebihnya boleh didapati di laman web UPM (www.upm.edu.my).
  • 10
    Apakah konsep bagi Penyelidikan Kelompok?

  • Jawapan:
    Konsep penyelidikan kelompok di UPM adalah sejajar dengan keperluan semasa bagi pendekatan multi-disiplin dalam menyelesaikan masalah penyelidikan.UPM telah menubuhkan 6 Kluster Penyelidikan iaitu pertanian, makanan, kesihatan, perhutanan dan alam sekitar, sains, teknologi & kejuruteraan dan sains sosial.
  • 11
    Apakah fakulti-fakulti yang terdapat di UPM?

  • Jawapan:
    Terdapat 15 fakulti di UPM:

    1. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
    2. Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
    3. Fakulti Ekologi Manusia
    4. Fakulti Kejuteraan
    5. Fakulti Pengajian Pendidikan
    6. Fakult Perhutanan dan Alam Sekitar
    7. Fakulti Pertanian
    8. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
    9. Fakulti Perubatan Veterinar
    10. Fakulti Rekabentuk dan Senibina
    11. Fakulti Sains
    12. Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
    13. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
    14. Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (UPMKB)
    15. Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (UPMKB)
  • 12
    12. UPM merupakan sebuah universiti penyelidikan. Apakah maksud universiti penyelidikan?

  • Jawapan:
    Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan. Universiti penyelidikan terdiri daripada lima (5) buah universiti awam iaitu :

    1. Universiti Malaya (UM)
    2. Universiti Sains Malaysia (USM)
    3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
    5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:

    1. Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
    2. Kemasukan kompetitif
    3. Pensyarah berkualiti

    Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50

  • PENGAJIAN PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
    13
    Apakah program yang ditawarkan oleh UPMKB?

    UPMKB menawarkan program prasiswazah di mana terdiri daripada lima (5) program Bacelor, sembilan (9) program Diploma dan satu (1) program Persediaan Diploma. Untuk pascasiswazah, Fakulti menawarkan program Sarjana dengan Tesis dan Doktor Falsafah dalam bidang-bidang berikut: http://www.btu.upm.edu.my/academic/postgraduate_studies/postgraduate_studies_research_field-507

    14
    Bagaimanakah caranya untuk saya memohon memasuki program yang ditawarkan oleh UPMKB?

    Pemohon yang memenuhi syarat keperluan kelayakan akademik boleh memohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi atau melengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada; Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
    Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik,
    Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,
    Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor. Bagi program siswazah (MS dan PhD) pemohon dikehendaki memohon melalui Sekolah Pengajian Siswazah, UPM atau rujuk kepada maklumat dalam pautan ini; http://sgs.upm.edu.my/upload/dokumen/20190118234020SGS_Postgraduate_Application.pdf

    15
    Berapa lama masa diperlukan untuk melengkapkan program Bacelor dan Diploma?
    16
    Berapakah tempoh masa diperlukan untuk menamatkan program Master atau PhD? 

    Masa minimum untuk program Master adalah 4 semester sementara PhD adalah 6 semester.

    17
    Berapa kalikah kekerapan pengambilan pelajar prasiswazah dalam setahun?

    UPM membuat pengambilan sekali setahun iaitu pada semester pertama setiap sesi pengajian. Permohonan bagi semester pertama hendaklah dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengurusan IPT Kementerian Pengajian Tinggi pada awal bulan Januari/Februari. Sila layari laman web Kementerian di alamat https://www.moe.gov.my/. Iklan mengenai permohonan kemasukan ke IPTA dikeluarkan oleh pihak kementerian pada awal Januari setiap tahun. Untuk mengambilan pelajar di UPMKB dibuat sekali setahun iaitu pada bulan Ogos untuk program diploma dan persediaan diploma dan bulan Oktober untuk program bacelor setiap tahun. Saluran permohonan adalah seperti yang telah diterangkan pada perenggan pertama.

    18
    Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti program prasiswazah?

    Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. (Rujuk Senarai Nama Program dan Syarat Khas Program melalui url kemasukan) https://smp.upm.edu.my/promosi

    19
    Bolehkah calon lepasan diploma daripada IPTA memohon kemasukan ke program ijazah dan sekiranya diterima masuk berapakah pengecualian kursus boleh diperolehi?

    Pelajar lepasan diploma IPTA boleh memohon mana-mana program di peringkat ijazah sarjana muda dengan mematuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan dan diiktiraf oleh Senat Universiti. Calon yang ditawarkan masuk ke program ijazah sarjana muda UPM boleh memohon pengecualian kursus dengan mengisi borang disediakan selepas mendaftar sebagai pelajar di Fakulti. Maklumat pengecualian kursus boleh diajukan kepada pihak fakulti untuk diterangkan dengan lebih lanjut.

    20
    Mengapa saya perlu memilih UPM sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian siswazah saya?

    UPM menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. Pengurusan dan pentadbiran pengajian siswazah diperakui oleh MS ISO9001. Pendidikan siswazah yang ditawarkan oleh UPM adalah berkualiti dengan terbuktinya kehadiran lebih daripada 3,000 pelajar antarabangsa dari lebih daripada 60 buah negara, yang merangkumi lebih daripada 30% jumlah pelajar pascasiswazah yang berdaftar.

    21
    Bagaimanakah cara untuk memohon program pascasiswazah di UPM?

    Permohonan program pascasiswazah di UPM adalah secara dalam talian di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/. Untuk permohonan kemasukan baru, bakal pelajar disarankan untuk lawati laman web Sekolah Pengajian Siswazah untuk maklumat lebih lanjut di http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964.

    22
    Bilakah permohonan saya untuk kemasukan perlu dihantar ke UPM?

    Application for admission is open throughout the year and UPM offers 7 intakes per year according to three (3) different academic calendar i.e. Dual-semester for every October (First Semester) and March (Second Semester), trimester for every July, November and March and last but not least is session intake specially for Medical programme for every June and December. For more details, please refer to https://sgs.upm.edu.my/content/semester_and_online_application-60830. If you miss the closing date of application for admission into a semester, your application for admission is automatically transferred to the following semester.

    23
    Apakah syarat kemasukan akademik minimum untuk program Master atau PhD di UPM?

    Secara dasarnya, UPM menetapkan PNGK 3.00/4.00. Tetapi, kemasukan ke satu-satu program terpulang kepada syarat kemasukan akademik oleh fakulti/institut (rujuk laman web fakulti/institut). 

    24
    Saya adalah pelajar semester akhir program ijazah. Adakah saya boleh membuat permohonan program pascasiswazah di UPM?

    Ya. Pelajar program ijazah tahun akhir boleh membuat permohonan program pascasiswazah menggunakan PNGK semasa. 

    25
    How do I find a research supervisor for my study programme?

    You can identify a potential research supervisor from the faculty’s or SGS’s website. There is a ‘List of Experts’ listed under each fields of study offered by the Faculty / Institute. If you are not able to identify a research supervisor, the faculty will assign one for you.

    26
    Adakah anda menawarkan biasiswa atau skim bantuan akademik?

    Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, UPM memberi bantuan kewangan kepada semua calon warganegara Malaysia yang berkelayakan, terutama mereka yang mendaftar Ijazah Kedoktoran (PhD). Skim bantuan juga diberikan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang dalam akademik. Skim bantuan biasanya meliputi yuran tuisyen dan wang saku bulanan sehingga enam semester, bergantung kepada program pengajian yang diambil. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan & biasiswa, sila ke http://www.sgs.upm.edu.my/bantuan_kewangan_biasiswa-1893


    BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
    27
    Pada hari pendaftaran pelajar baharu, adakah pelajar baharu yang datang lebih awal dari tarikh pendaftaran akan disediakan penginapan?

    Tidak. Pihak universiti tidak menyediakan penginapan bagi pelajar yang datang lebih awal dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.

    28
    Adakah pihak universiti menyediakan perkhidmatan bas secara berkala untuk pelajar keluar ke bandar pada hujung minggu?

    Tidak. Tiada perkhidmatan bas disediakan untuk tujuan tersebut.

    29
    Adakah pihak universiti menyediakan tiket penerbangan percuma kepada pelajar untuk pulang ke kampung?

    Tiada. Tiket penerbangan pelajar adalah tanggungan sendiri.

    30
    Adakah terdapat perkhidmatan mesin ATM di dalam kampus?

    Ya, mesin ATM boleh didapati di Bangunan Pusat Pelajar, UPMKB.

    31
    Apakah kemudahan yang terdapat di UPMKB?

    Kemudahan yang terdapat di kampus UPMKB boleh dirujuk di : http://www.btu.upm.edu.my/kemudahan-3295

    32
    Apa itu pas pelajar?

    Pas pelajar adalah pas yang dikeluarkan kepada pelajar Semenanjung Malaysia dan Sabah yang belajar di Sarawak.

    33
    Siapa yang perlu memohon pas pelajar?

    Pelajar yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja.

    34
    Apakah fungsi pas pelajar?

    Mengawalselia pergerakan keluar/masuk pelajar di pintu-pintu masuk yang diwartakan.

    35
    Apa dokumen yang diperlukan untuk memohon pas pelajar?

  • Borang IMM.14 1/97 (disediakan oleh pihak HEP)
  • 1 Salinan Surat tawaran belajar
  • 1 salinan depan dan belakang Kad Pengenalan
  • 1 keping gambar berukuran passport
  • Dokumen Perjalanan Terhad/ Passport pemohon
  • 36
    Apa itu Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)?

    Dokumen Perjalanan Terhad adalah dokumen yang digunakan untuk urusan keluar/masuk Sabah dan Sarawak sahaja.

    37
    Siapa yang memerlukan Dokumen Perjalan Terhad?

  • Warganegara Malaysia yang merupakan warga dari Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja.
  • Pekerja atau pelajar Semenanjung Malaysia dan Sabah yang ingin berkhidmat/ belajar di Sarawak.
  • 38
    Apa dokumen yang diperlukan untuk memohon Dokumen Perjalanan Terhad?

  • 2 keping gambar berukuran passport.
  • 1 salinan surat tawaran.
  • 1 salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • 39
    Apakah syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN?

    Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

  • * Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.
    ** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

    40
    Bagaimana pengeluaran pinjaman setiap semester dibuat?

    Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN. Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
  • Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan
  • Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun bank peminjam di lawan sesawang rasmi http://www.ptptn.gov.my/. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.

    41
    Kenapa pemberhentian pinjaman dibuat?

    Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  • Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;
  • Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;
  • Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
  • Peminjam diisytihar muflis.
  • Maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dirujuk terus ke laman sesawang rasmi PTPTN, http://www.ptptn.gov.my/

    42
    Bagaimana untuk mengetahui terdapat tawaran terkini biasiswa/pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar?

    Hebahan akan dibuat kepada pelajar melalui semua medium hebahan yang ada di dalam kampus seperti medium rasmi di setiap papan kenyataan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, kolej, bilik kuliah dan jabatan. Medium tidak rasmi seperti group whatsapp pelajar dan laman sosial facebook juga digunakan bagi memastikan maklumat sampai kepada pelajar.

    43
    Apakah antara Biasiswa/Pinjaman yang biasa ditawarkan?

    Agensi Tempatan

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - http://esilav2.jpa.gov.my/
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) - http://www.mara.gov.my/
  • Yayasan Pelajaran MARA (YPM) - http://www.ypm.org.my/
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - http://www.ptptn.gov.my
  •  Agensi Yayasan Negeri
  • Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) - http://escholarship.sarawak.gov.my/
  • Kerajaan Negeri Selangor - http://hpipt.selangor.gov.my/
  • Yayasan Negeri Perak - http://yayasanperak.gov.my/v4/index.php/en/
  • Yayasan Wilayah Persekutuan - http://www.yayasanwp.org/(skim bantuan awal ipt)
  • Yayasan Sarawak - http://yayasansarawak.org.my/
  • Yayasan Selangor - https://www.yayasanselangor.org.my/
  • Yayasan Pahang - http://www.yp.org.my
  • Yayasan Melaka - http://yayasanmelaka.gov.my
  • Yayasan Pelajaran Johor -http://portal.ypj.gov.my/ permohonan-pinjaman-pelajaran
  • Lembaga Biasiswa Negeri Kedah - https://sppnk.kedah.gov.my/
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) - https://tapem.melaka.gov.my/
  • * Hebahan akan dibuat dari semasa ke semasa sekiranya terdapat tawaran dibuka bagi setiap biasiswa/pinjaman seperti di atas.

    44
    Apakah syarat permohonan Tabung Amanah Zakat UPM?

  • Pelajar Universiti Putra Malaysia yang beragama ISLAM.
  • Mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat asasi/diploma/ijazah pertama/sarjana.
  • 45
    Bagaimana untuk membuat permohonan Tabung Amanah Zakat UPM/ Kebajikan?

    1. Sila isikan semua maklumat dengan jelas dan lengkap di laman sesawang http://ewazan.upm.edu.my/

    2. Pastikan dokumen berikut telah disahkan benarsebelum dimuatnaik.

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan kad matrik.
  • Salinan penyata gaji / penyata pencen / surat pengesahan pendapatan ketua keluarga.
  • Salinan penyata mini CIMB / muka depan buku akaun CIMB / Slip Pengesahan Nombor Akaun CIMB (Account Information).
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini / Surat tawaran kemasukan.
  • Salinan lejar pelajar (jika berhutang dengan universiti).
  • Salinan surat tawaran praktikal (jika memohon bantuan praktikal / latihan industri).

  • 3. Proses Temuduga Zakat.
  • Sila tentukan sekurang-kurangnya tiga (3) pilihan Tarikh dan Waktu temuduga zakat semasa mengisi borang.
  • Anda akan dihubungi bagi memuktamadkan Tarikh dan Waktu proses temuduga.
  • Sila hadir ke sesi temuduga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

  • 4. Anda akan menerima keputusan permohonan zakat atas talian dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh sah permohonan.    

    46
    Adakah terdapat bantuan kewangan bagi pelajar yang bukan beragama Islam?

    Bantuan kewangan disediakan bagi pelajar bukan Islam yang layak sahaja boleh dipohon melalui Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.

    47
    Adakah UPM menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar?

    Ya, UPM menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua pelajar UPMKB.

    48
    Adakah perkhidmatan kaunseling diberikan secara percuma kepada pelajar?

    Ya, perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA kepada semua pelajar UPMKB.

    49
    Bagaimanakah caranya jika seseorang pelajar ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling?

    Pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan dengan mengisi borang secara atas talian di https://bit.ly/pendaftarankaunseling 


    KOLEJ SRI RAJANG
    50
    Apakah syarat-syarat untuk layak tinggal di Kolej Sri Rajang?

  • Pelajar perlu mendapatkan merit sekurang-kurangnya 80 % merit gabungan setiap peringkat (Kolej Kediaman 56%, Antarabangsa/Kebangsaaan/Universiti 16%, Persatuan/Kelab 12% dan Fakulti 24%). Untuk maklumat penuh boleh rujuk di pautan berikut; http://www.btu.upm.edu.my/upload/dokumen/20171115160507Kelayakan_Menginap_Di_Kolej_-_Sistem_Merit_Demerit.pdf

  • Pelajar tidak pernah melanggar mana-mana peraturan yang terdapat dalam Akta Universiti dan Kolej 1971 (AUKU) Untuk maklumat penuh boleh rujuk di pautan berikut ; http://www.btu.upm.edu.my/pelajar/kolej_sri_rajang/pengenalan-1394
  • 51
    Apakah kemudahan yang disediakan di Kolej Sri Rajang untuk kegunaan pelajar?

    Kemudahan yang terdapat di Kolej Sri Rajang boleh dirujuk melalui pautan ini, http://www.btu.upm.edu.my/pelajar/kolej_sri_rajang/kemudahan-1393


    FASILITI
    52
    Adakah UPM Kampus Bintulu mempunyai perkhidmatan sewaan kemudahan dan peralatan kepada pihak luar?

    Ya.

    53
    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kadar sewaan yang dikenakan oleh UPMKB?

    Sila rujuk ke pautan berikut untuk mengetahui kadar sewaan yang dikenakan. Sila klik DISINI.

    54
    Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya ingin membuat tempahan sewaan kemudahan dan peralatan di UPMKB?

    Pihak tuan/puan berhubung dengan Pejabat Strategik, Komunikasi Korporat dan Jaringan di talian berikut : 086-855312 / 086-855218 / 086-855313

    Kemaskini:: 06/10/2022 [zulkernain]

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

    Jalan Nyabau,
    97008 Bintulu, Sarawak,
    Malaysia

    086855201
    086855888
    BWEBFAf:05:26